Mak Aku Berjoget Bila Tengah Malam

Aku bernama Aira, kisah ini adalah kisah benar yang terjadi pada keluarga aku. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Dulu keluarga aku sangt bahagia.
Sampailah suatu saat apabila salah seorang abang aku yang bernama megat bertunang dengan seorang wanita yang bernama Maria. Kami mengadakan segala persiapan untuk majlis pertunangan mereka. Majlis tersebut disambut dengan meriah sekali. Hari demi hari, bulan demi bulan apabila sampai saat diijabkabulkan tiba-tiba tunang abang aku memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya kerana telah mempunyai teman lelaki baru.
Bermulalah kisah seram yang terjadi pada keluarga aku akibat persengketaan yang terjadi, pada hari yang dibatalkan itu, keluarga belah perempuan telah datang ke rumah aku untuk memulangkan cincin dan barang hantaran. Selepas seminggu kemudian, pada waktu malam aku masih lagi berjaga sekitar jam 12 malam, ada satu perasan yang aneh dan tidak selesa.


Tiba-tiba aku dengar ada satu bungkusan plastik yang sangt besar jatuh dihadapan rumah aku, aku sangat takut ketika itu. Ayam-ayam juga terjaga dan membuat bising seperti melihat sesuatu. Aku cuba lenakan mata aku malam itu.
Esok malam pula ,aku tidur awal kerana aku takut hal malam semalam terjadi. Tapi kali ini sangat menakutkan aku sebab aku mimpi ada ular hitam bawah meja, bila aku bangun aku bunuh ular tu, ular itu berdarah dan percikkan darah itu menjadi anak ular yang banyak, setiap kali aku bunuh satu-satu muncul. Aku seperti sesak nafas!! Aku terjaga dengan keadaan berpeluh-peluh aku tengok jam tepat pukul 12 malam. Hanya Allah swt je yang tahu perasan aku malam itu.
Dua tiga hari kemudian mak aku sakit, badan mak aku macam lumpuh. Muntah-muntah, tak ada selera nak makan. Bila aku peluk, aku rasa getaran dan jantung mak aku laju sangat. Mak aku mula meracau-racau waktu Maghrib. Aku rasakan rumah aku panas. Setiap tiang rumah aku berbau busuk. Malam tu juga aku panggil ustaz datang untuk tengokkan rumah aku, ustaz tu datang dan cuba ubatkan keluarga aku. Ustaz tu cakap, keluarga aku dah kena santau, ada yang hantar sebab tak puas hati.
Bila selesai semua, ustaz pun balik. Aku ingatkan semuanya beransur pulih. Rupanya aku silap, malam tu juga benda tu datang mengacau satu keluarga aku, dia main kat tangga, turun naik tangga. Dia main dekat dapur jatuhkan cawan. Siap dengar orang cakap assalamualaikum kat luar rumah malam-malam buta, bunyi pasir atas bumbung. Hari-hari berikutnya pun macam tu.
Hari demi hari keadaan keluarga aku semakin teruk. Mak aku lngsung tak beransur pulih. Macam-macam ustaz dah kami ikhtiar tapi tak berhasil sehinggalah bulan ramadhan menjelma. Orang selalu cakap bulan ramadhan tak ada jin tak ada syaitan. Kau silap dik. Mak aku sakit, benda tu masih ada dalam badan mak aku.
Tiap Maghrib je mak aku meracau, pernah satu hari, waktu petang sebelum senja, aku mandikan mak aku, mak aku meracau nak tusuk aku dengan pisau buat potong limau untuk air perahan mandi. Lari mencecet aku masuk bilik. Pernah juga mak aku berjoget tengah malam sambil campak yasin, al-quran depan aku merangkak-rangkak,mak ai macam nak mati aku rasa. Mata tak yah cakap macam panda tak cukup tidur sebulan.
Banyak kejadian pelik yang berlaku, Tapi akhirnya semua dah selesai cuma kesannya sekarang mak aku asyik kemurungan. Sehingga ke hari ini, akulah yang menjaga dia. Sekarang ni, aku cuma nak minta tolong korang doakan mak aku cepat sembuh ya.
Dari: http://www.pru14.tv/2017/05/19/mak-aku-berjoget-bila-tengah-malam/

Comments