- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Sebenarnya tidak menghairankan sangat apabila jenama kereta tempatan menguasai senarai top 10 kereta yang paling banyak dicuri kerana ia merupakan model kereta ini paling banyak negara ini.
Jika kita melihat pada model kereta yang paling banyak dicuri berbanding jumlah keseluruhan model tersebut di negara ini, Ianya akan memberi senarai yang berbeza!
Ini memberi persepsi bahawa kereta tersebut merupakan model kereta yang paling diminati oleh pencuri dan berisiko tinggi untuk dicuri!
Berikut adalah senarai 10 model kereta yang paling berisiko tinggi untuk dicuri. Senarai ini adalah untuk tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
1. Toyota Vellfire
2. Mitsubishi Pajero
3. Toyota Hilux
4. Peugeot 508
5. Proton Putra
6. Proton Perdana
7. Nissan Vanette
8. Ssangyong Rexton
9. Proton Satria
10. Toyota Liteace
MPV mewah Toyota Velfire mendahului carta dengan peratusan 0.21% iaitu 114 buah dicuri dari sejumlah 54,876 buah Toyota Velfire yang ada diseluruh negara.
Sekali lagi Toyota Hilux berada diantara kedudukan yang teratas! Maka berhati-hatilah pemilik Hilux kerana kereta anda paling diminati dan berisiko tinggi untuk dicuri di negara ini. Begitu juga van Nissan Vanette yang turut tersenarai.
Bagi model tempatan pula, pemilik Proton Putra dan Perdana perlu memberi perhatian dan mengawasi kereta anda kerana ia amat digemari pencuri.
http://ift.tt/2sllJcF
Comments
Post a Comment