- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Kebiasaannya, kita seringkali mendengar kisah-kisah ibu tunggal setelah suami mereka pergi meninggalkan anak dan isterinya tanpa sebarang khabar berita.
Akan tetapi, pernahkah anda mendengar kisah seorang isteri meninggalkan suami dan anaknya?
Baru-baru ini, Richard Johnson yang merupakan seorang bapa tunggal telah menulis satu surat berbentuk penghargaan kepada semua ahli di dalam kumpulan itu dan berkongsi sedikit kisah mengenai dia dan anaknya Persephone.
Suratnya itu kemudiannya menjadi tular di seluruh dunia kerana membuatkan hampir kesemua pembacanya terkesan dengan pengalaman perit yang dilaluinya itu.
Baca suratnya di bawah:
“Life of Dad,
Nama saya ialah Richard Johnson dan saya ialah bapa tunggal kepada anak perempuan kecil yang cantik ini bernama Persephone. Ibunya telah meninggalkan sebulan selepas Persephone dilahirkan. Kami masih tidak tahu sebab sebenar tetapi kami mengagak ibu Persephone mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin.
Untuk beberapa minggu pertama hanya ada saya dan Persephone. Saya terserempak dengan kumpulan ini di Facebook secara kebetulan. Secara umumnya, saya terlalu gementar dan takut untuk menjadi seorang ayah. Tetapi sekarang saya adalah seorang bapa tunggal dan perlu memainkan 2 peranan. Saya tidak pasti adakah saya mampu untuk melakukannya.
Saya telah membaca setiap buku berkaitan “ibu bapa yang baru” yang saya cari dan telah menghabiskan masa lebih 1,000 jam dengan menonton video di YouTube daripada semua perkara sehingga belajar cara menganyam rambut dan melukis kuku dan belajar mengenai bagaimana cara untuk menangani isu-isu biasa keibubapaan.
Kemudian, saya mula membaca halaman kumpulan ini dengan lebih dekat dan melihat terdapat bapa di luar sana yang mengalami nasib seperti saya. Halaman ini telah menjadi pendorong untuk saya membina keyakinan dan benar-benar telah membantu saya melalui semua ini.
Saya selalu merujuk kepada gambar-gambar yang dihantar dan membaca kisah-kisah daripada beberapa bapa tunggal yang hebat di luar sana yang berada dalam komuniti ini. Anda betul-betul telah membantu saya dan anak saya mengharungi masa-masa yang sukar.
Kami berdua berasa bahagia sekarang dan terus bersama setiap hari. Persephone sekarang sudah berumur 10 bulan dan kini saya menjadi tempat memberi nasihat keibubapaan oleh kawan-kawan saya secara konsisten.
Kami telah melalui jalan yang penuh onak dan duri, saya dan anak saya, dan kami pasti terhutang budi terhadap halaman ini dan juga orang-orang di dalam kumpulan ini.
Oleh itu, daripada kami berdua, kami ingin mengucapkan terima kasih.”
Yang ikhlas,
Persephone & Richard Johnson.
http://ift.tt/2u1XLQf
Comments
Post a Comment