- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
via Taiko TV
Di lautan, peraturan di antara haiwan-haiwan yang tinggal di dalam air tidak jauh bezanya dengan kehidupan haiwan yang tinggal di dalam hutan belantara yang mengamalkan undang-undang rimba.
Seorang lelaki telah bertuah kerana dapat menyaksikan pertempuran sengit di antara seekor sotong kurita yang menentang lawannya yang merupakan seekor singa laut.
Conner yang pada waktu kejadian tengah berkayak di sebuah kawasan perairan di sebuah pulau yang terletak di bahagian selatan New Zealand sempat merakamkan detik-detik bersejarah itu dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.
Singa laut dewasa yang dianggarkan memiliki berat 116 kilogram ini sedang melawan seekor sotong kurita yang tidak kurang hebat saiznya.
Perlawanan yang berlangsung selama 20 minit itu telah menyaksikan sotong kurita itu tewas kepada anjing laut yang ganas.
http://ift.tt/2sYfytK
Comments
Post a Comment