Sebab Mengapa Ini Jadi Pekerjaan Paling Sukar Di Dunia


via Taiko TV

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti memancing ikan di lautan, pastinya mereka akan memahami betapa berisikonya kehidupan mereka yang bergelar sebagai seorang nelayan.

Sekiranya anda pernah menonton rancangan dokumentari Deadliest Catch, terbitan Discovery Channel, pastinya anda lebih memahami tentang risiko dan kesusahan pekerja-pekerja yang terpaksa pertarung nyawa demi mencari nafkah untuk keluarga.

Meskipun terpaksa melalui suasana di tempat kerja yang penuh mencabar, mereka masih boleh mewujudkan suasana gembira dalam menjalankan kerja mereka.

Seorang jurufoto, Corey Arnold, telah mendokumentasikan bagaimanakah perasaan berada di atas bot nelayan di tengah-tengah lautan luas selama berbulan-bulan lamanya.

Lihatlah betapa puasnya hati mereka bergambar dengan hasil tangkap mereka

Tiada perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kegembiraan mereka ini

Kehidupan di atas lautan terbuka bukannya indah seperti di dalam novel cinta

Anda perlu bersiap sedia untuk mengambil risiko untuk kehilangan jari

Seorang nelayan tengah membaiki jalanya di atas kapal

Cuaca yang terlampau sejuk sehingga menyebabkan hasil tangkapan membeku di luar

Seekor beruang yang bersiap sedia untuk ‘mendapat’ habuannya

Puas hati

Ada kalanya, binatang peliharaan dibawa turun ke laut

 

Membantu mereka yang memerlukan

http://ift.tt/2t4gzAZ

Comments