- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Meskipun kedengaran aneh, tetapi kejadian yang dilaporkan berlaku di kawasan perairan Sri Lanka ini benar-benar berlaku.
Tentera laut Sri Lanka yang sedang melakukan rondaan rutin mereka di perairan di timur laut kepulauan negara itu telah dikejutkan dengan penemuan seekor gajah yang hanyut di tengah-tengah laut.
Semasa ditemui, gajah malang itu didapati sedang berenang tetapi bergelut untuk memastikan belalainya berada di atas permukaan air untuk bernafas.
Pasukan penyelamat kemudiannya telah dikerahkan ke tempat kejadian tetapi usaha untuk menyelamatkan gajah itu pada mulanya menjadi sukar apabila gajah malang tersebut menjadi panik apabila dihampiri oleh anggota penyelamat.
Setelah bergelut dengan reaksi gajah yang agak agresif dan juga ombak yang kuat, usaha menyelamat selama 12 jam itu akhirnya membuahkan hasil apabila anggota penyelamat telah berjaya mengikat tali pada badan gajah tersebut sebelum menariknya ke kawasan persisiran pantai berhampiran.
http://ift.tt/2tCeclI
Comments
Post a Comment