- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
via Taiko TV
Sebuah rakaman seorang seorang lelaki separuh umur yang memakai pakaian wanita telah jadi tular di internet sejak semalam.
Lelaki yang berasal daripada bandar Guilin di China ini bertindak memakai pakaian kakaknya yang telah meninggal dunia demi menghiburkan hati ibunya yang sedang sakit.
Selama 20 tahun, lelaki tersebut telah memakai pakaian kakaknya itu setelah ibunya mengalami tekanan perasaan dan gangguan jiwa setelah kematian kakaknya itu.
Menurut lelaki tersebut, dengan memakai pakaian milik mendiang kakaknya itu, ibunya akan berasa tenang dan anak perempuannya itu masih hidup seperti biasa.
“Dia gembira sekali, jadi saya terus saja begini,” katanya.
“Sejak itu saya hidup seperti perempuan. Saya tidak punya lagi pakaian lelaki,” tambah lelaki itu.
Dalam video itu terlihat wanita tua itu menggelarkan anak lelakinya itu sebagai perempuan.
“Puteri saya. Ketika anak perempuan saya yang lain meninggal, dia (si lelaki) jadi anak perempuan saya yang baru.”
Ditanya sama ada beliau malu kerana berpakaian seperti perempuan, beliau berkara yang beliau tidak peduli apa yang dikata orang, kerana yang dia melakukannya itu demi untuk kebahagiaan ibunya.
http://ift.tt/2u6GxnI
Comments
Post a Comment