- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Selain kucing dan anjing, jarang sekali orang akan mengambil spesis binatang yang lain untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan.
Namun bagi pasangan yang berasal daripada San Diego, California ini, impian mereka umpama menjadi realiti apabila mereka telah berjaya untuk mengambil seekor cicak bertegu merah yang seberat 9 kilogram ini sebagai binatang peliharaan.
Kenali MacGyver, cicak yang berasal daripada Argentina
MacGyver baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya yang keempat dengan kek salmon
Jelingan matanya yang menawan itu menjadikannya terkenal di seluruh dunia
Pasangan yang dikenali sebagai Scott, 35 tahun dan Ice, 39 tahun ini dikatakan telah mengambil reptilia gergasi ini daripada sebuah taman, Ty Park yang terletak di Punta Gorda, Florida dan menamakannya sebagai MacGyver.
MacGyver yang baru berusia empat tahun ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia dan turut memiliki beberapa akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube. Bukan setakat itu saja, MacGyver turut dikatakan baru selesai mendaftar akaun LinkedIn.
Ikuti perkembangan MacGyver di laman Instagram dan Facebook miliknya
Dimandikan setiap hari oleh tuannya
Sebelum tidur, tuannya akan membacakannya bedtime stories
Menonton Did & Friends bersama-sama
Bonding bersama-sama tuannya
MacGyver memang seekor ‘anak’ yang manja…
…dan ceria
Selain itu, MacGyver juga suka bergurau bersama tuannya
Setiap malam, mereka akan tidur bersama-sama
MacGyver juga merupakan seekor ‘kanak-kanak’ yang peramah dan suka bersosial
MacGyver turut suka dibelai oleh ‘kanak-kanak’ sebaya
Comments
Post a Comment