- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Pakaian seragam yang dipakai oleh kakitangan syarikat penerbangan memainkan peranan di dalam menampil imej sesebuah syarikat penerbangan tersebut.
Maka, tidak hairanlah ramai syarikat penerbangan terkenal yang dilihat berlumba-lumba untuk menaikkan imej mereka di mata para penumpang dengan menaik taraf pakaian seragam syarikat mereka untuk kelihatan kekal up-to-date dengan arus semasa.
Terbaru, sebuah syarikat penerbangan daripada China, Hainan Airlines telah mengejutkan penumpang-penumpang mereka dengan rekaan terbaru pakaian seragam mereka yang saling tidak tumpah seperti yang dipakai oleh model-model terkemuka di atas pentas peragaan.
Rekaan yang menarik itu merupakan hasil kerjasama syarikat tersebut dengan pereka fesyen terkenal yang berasal daripada republik itu, Laurence Xiu dan ditayangkan buat julung kalinya semasa pertunjukan fesyen Paris Couture Week.
Diinspirasikan daripada pakaian tradisional masyarakat China, Cheongsam, Laurence kemudiannya menambahkan sentuhan daripada barat bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik.
http://ift.tt/2t4Ym3C
Comments
Post a Comment