- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
via Taiko TV
Majalah OUTstanding dan Financial Times telah mengumumkan nama Alan Joyce iaitu bos Qantas, syarikat penerbangan di Australia, sebagai LGBT (lesbian,gay, bisexual, dan transgender) yang paling berpengaruh dalam dunia perniagaan di dunia.
Beliau telah dipilih berikutan suara lantangnya yang menyokong perkahwinan sejenis yang merupakan isu yang masih lagi belum diselesaikan di Australia.
Joyce memberi kenyataan bahawa tiada siapa yang sepatutnya layak menjalani kehidupan berganda.
“Pada tahun lepas, saya bekerja keras untuk menyokong perubahan di tempat saya bekerja dan negara saya” tambah Joyce.
Bercakap tentang perkahwinan sejenis, Joyce menggalakkan para pemimpin perniagaan lain untuk menyokong beliau dalam kempen seperti itu.
Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, berjanji sekiranya majoriti warga Australia menyokong perkahwinan sejenis maka parlimen akan membahaskan perkara ini di dalam perubahan Undang-Undang Perkahwinan.
Jika perkara ini terjadi, Australia akan menjadi negara yang ke 25 mengizinkan perkahwinan sejenis ini.
Undian terhadap perkahwinan sejenis di Australia telah ditutup pada 7 November. Keputusan undian menunjukkan tiga per empat telah memilih untuk mengembalikan undian mereka.
“Sebagai seorang lelaki gay yang berfikiran terbuka dan pemimpin organisasi serta pemimpin perniagaan yang terkemuka di Australia, saya berasa penting untuk memimpin dan memberi contoh yang baik dalam mempromosikan hal ini” kata Joyce.
Joyce lahir di Ireland dan menjawat jawatan ketua ekskutif Qantas pada tahun 2008. Pada bulan Mac yang lalu, Menteri Imigresen Australia, Peter Dutton mengkritik Joyce dan yang lain kerana campur tangan dalam perdebatan perkahwinan sejenis.
http://ift.tt/2iMGVV0
Comments
Post a Comment