Gadis Cantik Ini Mahu Buktikan Yang Cinta Itu Memang Buta Dan Tidak Pandang Paras Rupa


via Taiko TV

Bila bercakap pasal memilih pasangan, ramai orang yang dilihat masih lagi memandang kepada paras rupa sebagai kriteria pertama untuk dipertimbangkan. Namun tidak bagi gadis ini.

Seorang gadis yang enggan memberitahu namanya telah berkongsikan kisah cintanya melalui Facebook dalam laman True Love Confession. Gadis ini sering dipuji penampilannya kerana kecantikannya.

Dia memberitahu bahawa dia pernah memenangi beberapa buah pertandingan kecantikan sebelum ini. Walaupun memiliki paras rupa yang cantik tetapi dia tidak mempunyai teman lelaki kerana dia terlalu memilih.

Namun semuanya berubah apabila seorang lelaki bernama Kiel muncul di dalam hidupnya. Berikut cerita yang ditulisnya di laman Facebook.

Kiel merupakan seorang penunggang beca. Dia selalu menunggunya gadis itu tamat kelasnya untuk dihantar dia pulang. Kiel selalu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada gadis itu.

Setiap kali Kiel berada di sana, gadis tersebut sering menggodanya dengan mengejek akan rupa parasnya. Apabila setiap hari bertemu, gadis ini mula tertarik akan Kiel dan mula menjalinkan hubungan dengannya.

Suatu hari Kiel tidak membalas mesej dari gadis tersebut dan ini membuatkan hatinya resah. Kemudian dia mendapati Kiel telah kehilangan nenek yang disayanginya. Kejadian itu membuatkan Kiel telah hilang semangat di dlam hidupnya.

Ayah Kiel telah meninggalkan dia sewaktu kecil dan dia hanya mempunyai neneknya sahaja. Tetapi sekarang neneknya telah tiada dalam dunia ini. Gadis tersebut turut merasakan kesedihan yang dialami oleh Kiel dan pada masa itu dia tersedar yang dia bukan sahaja mengasihaninya malah turut mempunyai perasaan cinta.

Pada suatu malam, Kiel mabuk dan mereka berdua pun tidur bersama. Keesokan paginya, gadis ini melihat Kiel sedang menangis. Kiel meminta maaf tentang apa yang berlaku semalam tetapi wanita itu menyakinkannya bahawa semuanya baik sahaja.

Tanpa disangka wanita itu telah hamil. Mereka dua memberanikan diri untuk bertemu dengan ibu bapa wanita tersebut. Malangnya ayahnya telah memukul Kiel. Mereka berdua telah diusir kerana ayahnya tahu bahawa Kiel bukanlah lelaki yang bagus untuk anaknya. Sejak kejadian itu Kiel bekerja keras untuk menampung keluarga kecilnya itu.

Satu malam Kiel terlalu lambat untuk pulang ke rumah. Gadis ini berasa sangat khuatir kerana sudah lebih kurang satu jam dia tidak kelihatan. Tiba-tiba dia telah dihubungi oleh nombor yang tak dikenali.

Berita yang didengari telah mengubah kehidupannya. Dia terkejut mendapat berita bahawa Kiel telah ditikam dan kemudiannya meninggal dunia. Waktu itu gadis tersebut sedang mengandungkan anaknya yang berusia 7 bulan.

Selepas daripada kejadian itu keluarga wanita tersbut membawanya pulang ke rumah. Suspek yang membunuh Kiel telah ditangkap. Akhirnya wanita ini meminta Kiel untuk memaafkan kedua ibu bapanya itu.

Beberapa netien berasa tersentuh mendengar kisahnya itu. Tetapi terdapat juga netizen yang menafikan kisah wanita ini. Netizen tersebut menganggap wanita ini mereka cerita untuk mengejar populariti di laman media sosial sahaja. Netizen itu turut menambah lelaki yang bernama Kiel dikenali sebagai Wowowee di Dumaguete City, Filipina dan turut memberitahu bahawa Kiel masih hidup.

http://ift.tt/2zjBZOp

Comments