Ibu Berumur 98 Tahun Tinggal Di Rumah Orang Tua Semata-mata Mahu Menjaga Anaknya Yang Berusia 80 Tahun


via Taiko TV

Wanita yang bergelar ibu merupakan individu sangat penting untuk semua orang kerana merekalah yang menjaga, menyayangi dan mengambil berat tentang hidup kita sejak kita kecil lagi. Walau bagaimanapun, akan tiba masanya bila kita mula bertanggungjawab atas kehidupan sendiri, tanpa bantuan ibu bapa.

Namun demikian, situasinya berbeza buat warga emas yang bernama Tom Keating. Beliau yang kini berumur 80 tahun masih dapat menikmati kehidupan yang dijaga oleh ibu tercinta.

Pada tahun 2016, Tom terpaksa berpindah masuk ke rumah orang tua Moss View di Liverpool. Setahun kemudian, ibunya, Ada telah mengambil keputusan untuk tinggal di Moss View juga supaya beliau dapat menjaga anaknya itu.

Pihak pengurusan menyatakan hubungan dan cara mereka berdua berinteraksi sangat comel. Antaranya:

  • Setiap hari, Ada ke bilik Tom untuk ucapkan selamat malam sebelum tidur dan juga mengucapkan selamat pagi semasa bangun dari tidur
  • Mereka suka menonton cerita Emmerdale bersama-sama
  • Mereka juga main permainan ‘papan’ ataupun ‘board game’ aneh
  • Jika Ada keluar, Tom akan mencari beliau
  • Apabila Ada pulang, Tom akan terus memeluk ibunya itu

Tom mempunyai 3 orang adik perempuan; dua sahaja yang masih hidup dan tidak pernah berkahwin. Tom sangat gembira kerana ibunya ada di sisinya untuk menjaga dirinya.

http://ift.tt/2z77NFp

Comments