Kanak-kanak Berusia Berumur 12 Tahun Ini Sering Diejek Di Sekolah Kerana Berwajah Cacat


via Taiko TV

Harry, seorang kanak-kanak kembar yang dilahirkan dengan sindrom Goldenhar di mana sebahagian muka beliau mengalami kecacatan di mana tiada mata, lubang hidung dan setengah mulutnya tidak dapat terbentuk dengan baik.

Selain daripada itu, Harry juga mengalami masalah autisme, bisu sejak lahir dan memiliki telinga prostetik dengan mata kirinya palsu. Dia juga akan menjalani pembedahan lebih lagi untuk menambah lubang hidung kirinya dan menaikkan lagi posisi matanya supaya selari dengan mata sebelah kanannya.

Sejak kecil lagi, dia sentiasa diejek oleh kanak-kanak sebayanya sebab rupanya yang lain daripada kanak-kanak yang lain terutamanya semasa Halloween, di mana dia sering diejek ‘raksasa’, ‘budak hodoh’, dan lain-lain lagi.

Ibunya, Charlene Beswick yang memang aktif di laman media sosialnya turut memberitahu bahawa beliau sering diserang dengan komen-komen kejam yang menghina gambar-gambar Harry yang dikongsi pada laman media sosialnya.

Lebih parah lagi apabila salah satu daripada gambar beliau dengan Harry telah dipadamkan oleh pihak Instagram atas alasan ‘menyeramkan’.

Menurut Charlene, sewaktu beliau mengandungkan Harry dan kembarnya, Oliver, semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada minggu ke-32 apabila beliau telah diberitahu oleh doktor tentang kecacatan pada muka Harry dan semenjak dari hari itu, dia menjadi risau memikirkan sekiranya beliau ada melakukan apa-apa kesilapan semasa mengandungkan kembar tersebut.

Charlene berpendapat bahawa walaupun Harry sebegini, dia seorang anak lelaki yang hebat, penuh kasih sayang dan Harry mempunyai senyuman yang manis dan mata biru yang cantik.

http://ift.tt/2hnj4HT

Comments