Kucing Comel Ini Mengiau Tanpa Henti, Setelah Diperiksa, Wanita Ini Segera Buat Panggilan Kecemasan


via Taiko TV

Siapa yang dapat menyangkakan bahawa haiwan yang comel ini mampu menjadi seekor ‘superhero’ menyelamatkan nyawa manusia yang dalam kesusahan.

Pengalaman ini diceritakan oleh Madeschda Machikowa yang merupakan seorang pesara yang berumur 65 tahun. Beliau yang tinggal di sebuah bangunan di Obninsk di Rusia telah terdengar bunyi kucing mengiau tanpa henti.

Setelah diperiksa, beliau mendapati bunyi itu berasal daripada Masha, seekor kucing tabby yang juga tinggal di kawasan tersebut.

Risau akan keselamatan Marsha yang berkemungkinan telah tercerdera, Madeschda kemudiaanya telah keluar menuju ke arah sebuah kotak tempat Marsha berada pada ketika itu.

Namun, setibanya beliau di kotak tersebut, Madeschda telah berasa terkejut setelah mendapati kotak yang telah diletakkan di bawah tangga untuk mengandungi seorang bayi yang sedang menangis. Apa yang lebih mengharukan apabila beliau turut melihat Masha sedang duduk disebelah bayi tersebut seolah-olah sedang menjaga keselamatannya.

Masha yang dilihat sedang duduk rapat dengan bayi tersebut telah menjilat mukanya, dan jelas mencuba untuk memanaskani badan anak kecil itu yang tengah kesejukan. Masha tidak mahu meninggalkan bayi yang dijaganya pada waktu itu. Semasa dibawa ke dalam ambulans, Masha tetap mengikutinya lagi.

Bayi tersebut hanya berumur sekitar dua hingga tiga bulan sahaja dan telah ditinggalkan oleh ibu bapanya di bawah tangga dan diletakkan di dalam kotak yang dijumpai oleh Masha terlebih dahulu.

Pihak polis berusaha untuk mencari ibubapa anak lelaki yang ditinggalkan itu. Semenjak daripada hari itu, penduduk di apartment di situ sentiasa mengambil tahu tentang kebajikan Masha, kucing superhero yang berhati mulia itu.

http://ift.tt/2ig6xWj

Comments