- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Semenjak fotografi digital menjadi semakin canggih, ramai yang telah memilih untuk menyunting gambar-gambar mereka sebelum dimuatnaik ke dalam laman sosial.
Baik sekadar menukar filter atau pun memasang kesan efek khas sehinggalah ke tahap menyunting gambar supaya kelihatan lebih langsing dan gebu, semuanya kini boleh dilakukan pada telefon pintar sahaja.
Memandang ramai yang sudah kecewa apabila gambar individu yang mereka lihat secara live tidaklah serupa seperti apa yang dilihat di laman sosial, pasangan sahabat, Callie (kiri) dan Diana (kanan) telah tampil bagi menunjukkan perbezaan yang ketara di antara mereka.
Berbekal dengan bantuan seorang yang jurugambar professional, mereka dapat menyunting gambar-gambar mereka dengan menggunakan perisian ‘Photoshop’, supaya mereka tampil dengan rupa ‘ideal’.
Mereka meletakkan gambar tersebut dengan gambar yang asli pada laman media sosial. Mereka ingin menyampaikan bahawa semua orang sama sahaja, tidak kira rupa dan bentuk badan. Mereka harap semua orang akan belajar untuk menyayangi diri dan badan diri mereka.
Diana juga pernah meletakkan gambar dirinya bersebelahan gambar Kim Kardashian, dengan menyatakan bahawa mereka kedua-duanya wanita, dengan badan yang berbeza.
(
http://ift.tt/2z1P9ig
Comments
Post a Comment