- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
via Taiko TV
Sepasang pasangan pengantin baru telah mengejutkan orang ramai setelah mereka mengambil keputusan untuk menjalankan majlis akad nikah di hadapan jenazah orang tuanya di Jakarta, Indonesia.
Suasana pilu menyelubungi seluruh anggota keluarga dan orang ramai sebaik jenazah tiba di rumahnya di Jalan Fatmawati, Jakarta pada pukul 8 pagi dan anak kedua Allahyarham Saiful, Sahira melangsungkan majlis akad nikah di hadapan jenazah ayahnya.
Majlis akad nikah itu diadakan atas permintaan keluarganya kerana Allahyarham Saiful sebelum ini begitu sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anaknya yang dijadualkan tidak lama lagi.
Jenazah merupakan ayah kepada pengantin perempuan, Sahira. Allahyarham yang dikenali sebagai Mohamad Saiful Hadi Idham, 59 semasa hayatnya merupakan seorang bekas Penasihat Kanan ANTARA yang merupakan sebuah syarikat media yang terkenal di Indonesia.
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham Saiful, 59, meninggalkan seorang isteri, Rina dan tiga orang anak.
http://ift.tt/2xGMya9
Comments
Post a Comment