- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
via Taiko TV
Cinta sejati bukanlah sebuah mitos dan tidak hanya wujud di dalam kisah dongeng saja. Sebaliknya, cinta sejati juga boleh dijumpai di dalam kehidupan sebenar seperti yang terjadi pada pasangan Madeleine Coburn dan Bill Brookman ini.
Pasangan Madeleine dan Bill membesar di Loughbororugh, Leicestershire ini dikatakan telah terpisah selama 40 tahun sebelum kembali bersama baru-baru ini.
Bill bersekolah di sekolah yang sama dengan abang Madeleine. Mereka tertarik antara satu sama lain setelah mereka bekerjasama di dalam sebuah projek drama pada tahun 1978 di mana Bill menjadi pengarah manakala Madeleine sebagai pelakonnya.
Terpesona dengan kecantikan Madeleine, Bill mengajaknnya untuk keluar ber-dating pada tahun yang sama. Pada ketika itu Bill baru berusia 23 tahun sedangkan Madeleine berusia 16 tahun.
Petang yang sepatutnya menjadi suatu pengalaman indah bertukar suram setelah Madeleine tidak muncul pada temujanji mereka yang pertama dan tidak memberitahu Bill akan alasannya untuk tidak datang pada hari tersebut.
Pada mulanya, Bill menyangkakan Madeleine tidak suka kepada dia. Tetapi tanggapan dia salah setelah dia mendapat tahu bahawa ayah Madeleine yang sebenarnya tidak suka kepada Bill dan sejak hari itu Bill akhirnya tidak lagi mengejar Madeleine.
Selepas itu, mereka bertemu kembali selepas 30 tahun sejak kali terakhir mereka berjumpa. 4 tahun selepas pertemuaan kembali, Bill mengajak lagi Madeleine untuk keluar bertemujanji. Selama ini Madeliene tidak pernah pun berkahwin manakala Bill mempunyai 2 orang anak melalui perkahwinan sebelumnya.
Selepas 40 tahun berpisah, Bill akhirnya ingin menjadikan Madeleine isterinya. Romantiknya Bill melamar Madeleine dengan melalui salah satu program radio. Tetapi Madeleine menolak lamaran Bill di radio tetapi apabila mereka sedang berdua dia telah menerima lamaran tersebut. Mereka akhrinya bersatu selepas puluhan tahun berpisah. Majlis mereka berlangsung pada bulan Ogos yang lalu yang dihadiri sebanyak 300 orang.
http://ift.tt/2iOzYmq
Comments
Post a Comment