Viral ‘Kereta Hantu’ Yang Tiba Muncul Dan Melanggar Kereta Lain Di Singapura


via Taiko TV

Baru-baru ini, sebuah kemalangan yang berlaku di Singapura telah jadi viral di Facebook.

Kemalangan yang terjadi setelah sebuah kereta misteri tiba-tiba muncul dari arah bertentangan dan melanggar kereta lain telah mencetuskan tanda-tanya di kalangan netizen, khususnya di republik itu.

Kejadian aneh ini telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalanraya yang lain yang kebetulan berada di belakang kenderaan ‘mangsa’.

Di dalam video itu, dapat dilihat dengan jelas kereta BMW putih itu sedang menunggu giliran sewaktu lampu isyarat merah sebelum kenderan itu dilihat membelok memasuki simpang yang berada pada sebelah kanan jalan.

Memandangkan lampu isyarat sudah pun bertukar hijau, sepatutnya kereta BMW putih itu boleh membelok tanpa sebarang halangan dari mana-mana kenderaan.

Tetapi ternyata sangkaannya itu salah apabila sebuah kereta berwarna perak telah muncul secara tiba-tiba dan kemudiannya telah melanggar kenderaan mangsa dari arah yang bertentangan.

Video itu perlu diulang beberapa kali untuk melihat dari mana munculnya kereta tersebut. Terdapat netizen yang bernama Elfie De Souza dan Jacky Tong Liang menyatakan bahawa dia sudah menonton video itu banyak kali tetapi tetap tidak tahu dari mana datangnya kereta itu. 

"Back to the Future" post with car appearing from nowhere and getting side swiped at junction. Hope 'L' plate driver and instructor are both OK.Watch the slow motion section and see for yourself.Credit: Gerard Derek Na‎

Posted by ROADS.sg on Sunday, October 15, 2017

Video misteri itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan memanggil kereta itu sebagai ‘kereta hantu’

http://ift.tt/2yfkBu0

Comments