10 Pelakon Korea Yang Mempunyai Pendapatan Paling Tinggi


via Taiko TV

Bagi mereka yang melayan drama ataupun filem daripada Korea Selatan, pastinya ramai yang tertanya siapakah di antara pelakon-pelakon yang diminati mereka ini merupakan yang paling kaya?

Berikut merupakan senarai 10 orang pelakon Korea yang berpendapatan paling tinggi:

#10. Song Joong Ki

Song Joong Ki adalah salah seorang pelakon Korea Selatan yang paling popular selepas memainkan peranan utama dalam drama, Descendants of the Sun pada tahun 2016.  Beliau menjadi terkenal dalam drama Sungkyunkwan Scandal (2010) dan  mempunyai peranan utama dalam melodrama The Innocent Man (2012)

Song Joong Ki dilaporkan dibayar sebanyak 60 juta won (RM 206,797.84) bagi setiap episod.

#9. Lee Jong Suk

Pada usia 28, Lee Jong Suk telah berjaya dalam bidang yang diceburinya. Beliau terkenal setelah membintangi dalam School 2013 (2012),I Can Hear Your Voice (2013),Doctor Stranger (2014) dan Pinocchio (2014).Ini telah membuahkan hasil apabila dia telah menerima anugerah Pelakon Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang ke-51.

Lee Jong Suk dilaporkan dibayar sebanyak 60 juta won ( RM 206,797.84) bagi setiap episod.

#8. Yoo Ah In

Yoo Ah In menjadi popular setelah membintangi drama bersiri Sungkyunkwan Scandal (2010) dan menjadi terkenal kerana wataknya di dalam Punch (2011),melodrama Secret Love Affair (2014) dan banyak lagi. Beliau kini mempunyai tiga filem iaitu Punch,Veteran dan The Throne.

Yoo Ah In telah dibayar sebanyak 70 juta won (RM 241,451.33) bagi setiap episod.

#7. Lee Min Ho

Pelakon yang sangat dikenali ramai, Lee Min Ho, melonjak naik namanya  selepas memegang watak sebagai Gun Jun-pyo di dalam  drama Boys Over Flowers pada tahun 2009.

Kini, beliau dilaporkan dibayar sebanyak 70 juta won (RM 241,451.33) bagi setiap episod tanpa mengira drama!

#6. So Ji Sub

Setelah mendebut kerjayanya sebagai model jeans, So Ji Sub menjadi terkenal setelah memainkan peranan dalam drama siri televisyen   I’m Sorry, I Love YouCain and AbelPhantomMaster’s Sun dan Oh My Venus, serta filem Rough Cut .

Soo Ji Sub melaporkan bahawa dia menerima 80 juta won (RM 275,989.73) bagi setiap episod tunggal.

#5. Jo In Sung

Jo In Sung dipuji oleh penonton kerana prestasinya yang baik dalam drama terbarunya.  Beliau terkenal dengan peranannya dalam drama siri televisyen  What Happened in Bali (2004), That Winter, the Wind Blows (2013), and It’s Okay, That’s Love (2014),termasuk juga filem A Dirty Carnival (2006) dan  A Frozen Flower (2008).

Beliau juga telah dilaporkan mendapat 80 juta won (RM275,986.50) bagi setiap episod.

#4. Lee Young Ae

Lee Young Ae,yang terkenal dengan drama popularnya Jewel in the Palace, telah menetapkan 100 juta won (RM 343,429.66) bagi setiap episod yang dibintanginya. Peminatnya telah menunggu kemunculannya di televisyen, sejak perkahwinannya dengan Jeong Ho-young,seorang usahawan Korea-Amerika.Pada tahun 2011 dia telah melahirkan kembar, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan di Hospital Jeil,Jung-gu,Seoul.

#3. Hyun Bin

Salah seorang pelakon yang terkenal di Korea ialah Hyun Bin. Beliau terkenal dalam drama televisyen My Name Is Kim Sam-soon (2005), The World That They Live In (juga dikenali sebagai Worlds Within) (2008) danSecret Garden (2010-2011).

Kejayaan dramanya Hyde,Jekyll and I telah menetapkan  gajinya 100 juta won (RM RM 343,429.66) bagi setiap episod.

#2. Jun Ji Hyun

Setelah memegang watak sebagai Cheon Song-yi di dalam drama hit My Love From The Star (2014),Jun Ji Hyun telah menjadi salah seorang pelakon yang mempunyai gaji tertinggi di Korea. Beliau juga terkenal dengan wataknya sebagai ‘The Girl ‘di dalam romantik komedi My Sassy Girl (2001).Filem yang turut dibintanginya ialah  Il Mare (2000), Windstruck (2004), The Thieves (2012), The Berlin File (2013), dan Assassination (2015).

Jun Ji Hyun telah dilaporkan dibayar 100 juta won (RM RM 343,429.66) bagi setiap episod.

#1. Kim Soo Hyun

Mendapat tempat pertama dalam senarai ini ialah Kim Soo Hyun yang telah membintangi pelbagai drama  termasuklah My Love From Another StarThe Moon That Embraces the Sun, dan Producer. Popularitinya pada hari ini tidak akan membuatkan anda terfikir bahawa dia seorang anak yang tidak berani dalam khalayak ramai semasa di zaman sekolah menengah. Kejayaannya ketika ini di atas galakan ibunya untuk memasuki kelas berlakon sebelum menceburi bidang ini.

Kim Soo Hyun dibayar 100 juta won ( RM 343,429.66) bagi setiap episod.

http://ift.tt/2mVftGn

Comments