- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Sebagai orang Melayu, kita sering diingatkan oleh orang-orang tua kita supaya selalu menjaga adab kita sewaktu berada di negara orang. Walau bagaimanapun, bersopan-santun dan berkelakuan baik kadang-kala masih belum mencukupi.
Kadang-kala, terdapat beberapa peraturan tempatan yang kita tidak sempat ketahui sebelum melawati suatu tempat. Berikut merupakan antara peraturan aneh yang menyatakan perkara-perkara yang dilarang.
#1 Dilarang Memakan Biskut Pada Hari Sambutan Krismas
-
Britain
Mengapa? Menurut Oliver Cromwell, menyambut hari Krismas dengan meriah dan gembira merupakan perkara kurang bermoral. Akhirnya, pelbagai perkara tentang sambutan tersebut dilarang termasuklah memakan manisan seperti biskut.
Jika anda berada di Britain semasa hari Krismas, elaklah daripada memakan biskut.
2. Dilarang Menyentuh Ikan Paus
-
Britain
Undang-undang tempatan menyatakan bahawa mana-mana mamalia akuatik yang berada 3 batu dari dasar Britain adalah milik Ratu England. Kesimpulannya, haiwan-haiwan dalam kawasan tersebut dilarang untuk disentuhi oleh orang awam.
3. Dilarang Untuk Menyelamatkan Orang Yang Lemas
-
China
Undang-undang ini dikatakan wujud kerana terdapat peribahasa Timur yang menyatakan bahawa manusia tidak patut masuk campur dengan nasib dan ajal orang lain.
Ada juga yang berpendapat bahawa ia merupakan taktik kerajaan negara tersebut untuk mengawal lagi populasi di negara mereka.
4. Dilarang Berciuman Di Stesen Keretapi
-
Perancis
Negara yang cukup dikenali dengan sebuah bandar cinta, Paris, ini melarang bercium di stesen keretapi pada tahun 1910. Hal ini demikian kerana ramai pasangan yang mengambil masa yang lama untuk mengucapkan selamat tinggal, melambatkan keretapi berangkat.
Walau bagaimanapun, kini wujud zon asing untuk pasangan berbuat demikian.
5. Dilarang Untuk Memberi Burung Merpati Makan
-
Itali
Pengunjung dilarang untuk beri makan kepada burung di Venice demi memastikan arca patung yang berada merata tempat tersebut tidak akan dikotori dengan najis burung.
6. Coklat Kinder Surprise
-
Amerika Syarikat
Sejak ‘Kinder Surprise’ wujud, ia dilarang untuk dijual di Amerika atas sebab mengandungi bahagian mainan yang kecil-kecil di dalamnya.
Ia hanya mula dibenarkan berada dalam Amerika pada tahun 2013, dengan syarat mainan di dalm coklatnya bersaiz cukup besar dan tidak terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil.
7. Dilarang Membayar Dengan Syiling Sahaja
-
Kanada
Pada tahun 1985, sebuah undang-undang baru telah diperkenalkan. Ia menyatakan bahawa apa-apa jualan yang berharga lebih daripada 10 dolar Kanada tidak boleh dibayar dengan duit syiling sahaja.
8. Dilarang Lupa Hari Jadi Isteri
-
Samoa
Negeri dari Pacific Isles ini terkenal dengan undang-undang ‘unik’nya. Jika seorang lelaki terlupa hari lahir isterinya, dia dikehendaki bayar saman yang akan dibuat terus ke isteri mereka.
9. Pastikan Tatu Anda Tidak Dapat Dilihat
-
Jepun
Sebenarnya tiada undang-undang yang melarang memaparkan tatu, tetapi kebanyakan hotel, gym, tandas awam dan kolam air panas tidak menerima pelanggan yang bertatu.
10. Dilarang Memijak Duit
-
Thailand
Puncanya? Kerana duit memaparkan gambar raja Thai.
http://ift.tt/2hiIREp
Comments
Post a Comment