- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Budaya orang Jepun yang sopan dan bersih sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Mereka benar-benar mementingkan kehormatan seperti cara melayan orang lebih tua, cara bertutur dengan baik dan yang lain lagi.
Sekiranya anda perlu berjumpa dengan orang berbangsa Jepun ataupun anda sendiri ingin melawat negara mereka yang amat cantik dan menarik itu, mungkin ia lebih baik jika anda pelajari beberapa etika penting daripada sana terdahulu. Dengan ilmu baru ini, anda boleh memberi first impression yang baik.
11. Panggilan seorang individu
Caranya begini:
a. “-kun” – Kurang rasmi berbanding dengan “-san”. Digunakan pada rakan.
b. “-chan” – Digunakan pada kanak-kanak, ahli keluarga perempuan, kekasih, kawan baik
c. “-sama” – Paling dihormati. Digunakan pada tuan dan dewa
d. “-senpai” – Digunakan pada rakan sekolah atau rakan sekerja yang lebih tua
e. “-kohai” – Pada rakan sekolah ataupun rakan sekerja yang lebih muda
f. “-sensei” – Gunakan pada guru, doktor, ahli saintis, ahli politik dan pihak berkuasa yang lain lagi
g. “-shi” – Untuk penuisan rasmi
10. Pertukaran kad
Pastikan bahagian depan kad ke arah orang tersebut. Berikan dengan kedua-dua tangan. Sekiranya, kedudukan anda lebih rendah berbanding dengan individu tersebut, pastikan anda tunduk semasa membirikan kad anda.
9. Sewaktu didalam lif
Sekiranya anda orang pertama yang memasuki lif, anda dianggap sebagai ‘kapten’ lif pada waktu itu. Anda perlu menahan pintu untuk orang masuk dan keluar. Anda juga perlu pastikan semua orang telah keluar sebelum anda sendiri memilih tingkat untuk turun.
8. Sewaktu dalam tren/keretapi
Menatap sesiapa dianggap tidak sopan. Telefon tidak boleh digunakan. Anda juga tidak perlu memberi tempat duduk anda kepada orang yang lebih memerlukannya seperti orang tua dan wanita mengandung kerana terdapat tempat duduk lain yang dikhaskan untuk mereka.
7. Bersentuh
Anda tidak dibenarkan bersentuhan dengan mereka. Berkucupan di tempat terbuka juga dilarang.
6. Minuman keras
Orang yang lebih tua perlu pastikan mereka yang lebih muda selamat sampai di rumah sebelum mereka sendiri balik.
5. Duit
Entah mengapa, tetapi orang Jepun tidak suka duitnya dilihat. Etika memberi duit ialah dengan memasukkannya dalam sampul seperti di atas sebelum ianya diberi. Semasa membayar di kedai, anda dikehendaki meletakkan duit pada dulang kecil yang disediakan sahaja.
4. Cara duduk
Sekiranya anda duduk dengan satu kaki dibawah paha, ianya dipanggil ‘seiza’. Inilah satu-satunya cara yang sopan.
3. Hadiah
Terdapat dua musim memberi hadiah di Jepun, iaitu o-chugen (musim panas) dan o-seibo (musim sejuk). Membuka semua hadiah pada waktu yang sama dianggap kurang sopan sopan seperti anda seorang yang kurang kesbaran dan tamak.
2. Menunduk
Inilah beberapa caranya:
a. “eshaku” – 15° – Orang sama kedudukan
b. “keirei” – 30° – Kepada guru-guru dan majikan
c. “saikeirei” – 45° – Cara meminta maaf ataupun semasa berjumpa dengan maharaja
d. Yang terakhir ini hanya digunakan pada masa kini hanya sekiranya anda perlu memohon untuk nyawa anda untuk tidak diambil
1. Meniggalkan suatu tempat
Sekiranya seorang pelanggan atau rakan kongsi perniagaan ingin meninggalkan bilik untuk pulang ke tempat lain, seua orang lain dalam bilik tersebut akan mengikutinya ke lif ataupun ke pintu sambil menunduk-nunduk sebagai ucapan tinggal.
http://ift.tt/2AJzwKO
Comments
Post a Comment