16 Pakaian Tradisional Pengantin Dari Serata Dunia Tidak Pernah Dilihat


via Taiko TV

Sekiranya anda berasal dari Malaysia, anda pasti mengenali beberapa jenis pakaian pengantin tradisional yang sering dipakai oleh pengantin-pengantin yang berbilang kaum di Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi pakaian pengantin yang wujud di seluruh dunia yang mungkin tidak pernah anda lihat sebelum ini.

1. Jepun

Lelaki: Kimono hitam
Perempuan: Kimono putih, tsunokakushi (hud sutera berwarna putih)

2. Eritrea

Hampir seperti raja dan ratu.

3. China

Sulaman yang berkontras dengan kain pakaian berwarna merah merupakan kombinasi yang amat unik.

4. Morocco

Rekaan yang menarik dan elegan.

5. India

Pengantin wanita akan memakai sari iaitu sejenis pakaian yang amat popular. Walau bagaimanapun, jenis sari yang dipakai bergantung kepada kawasan asal individu tersebut. Biasanya pakaian mereka berwarna merah. Perkahwinan India boleh disambut selama 3 hari.

6. Bulgaria

Sejak dulu lagi, semasa perkahwinan di Bulgaria, muka pengantin wanita dicat berwarna putih seterusnya saudara-mara perempuan akan menghiasi mukanya dengan labuci (sequins).

7. Sri Lanka

Si lelaki tampil bergaya hampir sama taraf dengan si wanita.

8. Bali

Perkara yang paling menonjol adalah hiasan yang dipakai di atas kepala mereka yang sangat cantik.

9. Norway

Di Norway, pengiring pengantin wanita akan memakai pakain sepertinya untuk memastikan pengantin perempuan selamat dari apa-apa makhluk kepercayaan karut yang jahat.

10. Tibet

Antara yang paling menarik kerana mempunyai pelbagai faktor yang berbeza. Si lelaki memakai kain kulit harimau bintang dan juga topi bulu.

11. Pakistan

Si wanita memakai sari merah seperti di India.

12. Ukraine

Mungkin pernah menjai suatu trend popular pada suatu ketika dahulu, tetapi mahkota bunga, atau yang lebih dikenali sebagai ‘flower crown’, memang dipakai oleh pengantin wanita di Ukraine.

13. Ghana

Warni-warni dan pasti tiada siapa yang akan terlepas pandang.

14. Nigeria

Pengantin perempuan Nigeria akan membawa kipas bulu burung sebagai hiasan lebihan.

15. Indonesia

Gaya kedua-dua pengantin wanita dan lelaki yang hampir serupa, baik dari segi rekaan pakaian sehingga ke hiasan kepala emas.

16. Scotland

Si lelaki memakai ‘kilt’ suku kaumnya yang kelihatan hampir sama dengan rupa skirt. Selendang bercorak tartan juga dipakai oleh pengantin perempuan untuk melambangkan kemasukan dirinya ke dalam keluarga suami barunya itu.

http://ift.tt/2zio9Jo

Comments