17 ‘Hacks’ Genius Yang Bakal Mengubah Kehidupan Seharian Anda


via Taiko TV

Anda seorang yang tidak suka akan pembaziran? Anda sentiasa menyimpan barangan lama yang berlebihan? Anda mungkin dapat mengitar semula barangan tersebut dengan membuat ‘D.I.Y’ sendiri. Ataupun ikut beberapa yang terdapat pada senarai ini sahaja.

17. Ikat gelang getah pada penyangkut pakaian ataupun ‘hanger’ supaya baju yang digantung tidak mudah tertanggal darinya

16. Penapis besi lama anda boleh diubahsuai menjadi pasu bunga. Jika anda lebih rajin, ia boleh juga dijadikan jenis pasu yang boleh digantung dengan menambahkan tali ataupun rantai besi kecil.

15. Tambahkan pita pelekat hiasan pada kotak biasa dan anda boleh menggunakannya untukletak barang penting yang kecil seperti pin rambut, pin peniti dan kerongsang kecil.

14. Beli penggantung bercangkuk untuk menggantung seluar. Gantungkannya pada bahagian gegelung tali pinggannya supaya seluar tersebut tidak mudah berkedut

13. Botol kaca seperti ini boleh menjadi bekas untuk menanam herba untuk digunakan dalam masakan

12. Bekas cermin mata yang lama boleh diubahsuai menjadi bekas alat-alat menjahit yang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja

11. Botol kaca boleh juga digubah dan dihias untuk dijadikan lampu yang boleh digantung di luar rumah

10. Sewaktu menggerudil lubang pada dinding, jangan lupa melekatkan helaian ‘post-it’ yang dilipat pada dinding dibawah lubang yang akan digerudi supaya habuk tidak mengotorkan dinding dan lantai

9. Anda mempunyai kemeja lebih yang sudah tidak digunakan? Jadikan ia sebagai sarung bantal yang baru

8. Kapur anti kelembapan boleh memastikan apa-apa barangan besi yang anda miliki tidak mudah berkarat

7. Bingkai gambar lama yang anda masih miliki boleh dijadikan tempat gantung anting-anting dengan menambahkan tali ataupun benang tebal

6. Rekod vinil lama yang sudah rosak boleh digubah menjadi mangkukyang agak unik

5. Semasa mengecat pintu, balut tombol yang terdapat padanya dengan kerajang aluminium ataupun ‘aluminium foil’ supaya ia tidak terkena cat

4. Semasa bercocok tanam, ikat plastik pada bahagian lutut seluar anda supaya ia tidak dikotori tanah

3. Semburkan minyak zaitun pada sekop atau penyodok besi anda semasa menyangkul salji supaya salji tidak melekat padanya

2. Pistol gam panas anda boleh digunakan untuk membuat bekas kulit telefon yang baru

1. Telefon pintar zaman sekarang perlu memerlukan alat seperti pin tertentu untuk mengeluarkan kad sim dan juga kad memori. Sekiranya anda tidak memilikinya ataupun hilang, anda boleh menggantikannya dengan klip kertas yang telah dibengkokkan sahaja

http://ift.tt/2yzTt9k

Comments