3 Cara Untuk Meredakan Lidah Yang Melecur Akibat Makanan Panas Dalam Masa Seminit


via Taiko TV

Pengalaman lidah melecur sewaktu memakan makanan yang panas memang tidak mengazabkan. Perkara ini kerap terjadi semasa kita dalam keadaan yang lapar dan tidak sabar untuk makan makanan yang telah dihidang walaupun makanan masih panas.

Lidah yang melecur akan membuatkan kita berasa tidak selesa untuk beberapa hari. Ini akan membuatkan lidah kita untuk mempunyai masalah apabila merasa makanan yang lain.

Kita perlu memandang perkara ini dengan serius kerana ia dapat merosakkan lapisan mulut yang rapuh. Jika keadaan makanan terlalu panas ia dapat mengakibatkan luka di bahagian dalam lidah.

Lidah yang melecur boleh dibahagikan kepada 3 peringkat bergantung kepada suhu makanan dan berapa banyak lapisan lidah yang terluka.

Peringkat pertama : lidah akan merasa sakit,pedih,sedikit bengkak dan bewarna kemerahan. Peringkat ini hanya memberi kesan pada lapisan luar lidah

Peringkat kedua : lebih menyakitkan kerana lapisan luar dan lapisan bawah lidah telah terluka. Peringkat ini lidah hanya melecet,bengkak dan berwarna kemerahan.

Peringkat ketiga : pada peringkat ini, luka yang ada telh sampai ke lapisan paling dalam. Lidah akan berubah warna menjadi warna putih atau hitam seperti telah dibakar. Lidah juga tidak berfungsi dan akan merasa amat sakit.

Untuk mengelakkan untuk kita melalui peringkat-peringkat lidah melecur, kita perlu melakukan perkara tersebut:

1. Makan Makanan Yang Sejuk

Kita boleh menghilangkan rasa panas di lidah dengan makan makanan yang sejuk seperti yogurt atau aiskrim. Meletakkan ais batu di lidah juga boleh dilakukan

2. Banyakkan Minum Air Kosong

Lidah yang melecur akan membuatkan mulut menjadi kering. Minum air kosong dengan banyak untuk mengelakkannya.

3. Hindari Makanan Dan Minuman Yang Berasid

Sebelum sembuh, hindari makanan yang pedas, masam, dan kering kerana ia boleh membuatkan lidah melecet. Minuman yang panas juga boleh membuatkan lidah menjadi lebih teruk.

http://ift.tt/2lXLrS2

Comments