- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Selain daripada kawasan pantai, kebanyakkan orang cendurung untuk memilih kawasan bercuaca sejuk sebagai destinasi untuk percutian mereka.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim tropika, ramai yang tidak terfikir bahawa terdapat beberapa buah destinasi tempatan yang boleh memberikan suasana dingin seperti di luar negara.
Tapi kenapa perlu pergi sampai ke luar negara sedangkan di Malaysia pun ada destinasi sejuk yang boleh anda lawati. Memang sesuai sangat untuk berbulan madu.
1. Cameron Highland
Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Selain ke Taman Ros, anda boleh menikmati suasana romantis sambil menikmati teh panas di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh.
2. Bukit Tinggi
Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Struktur bangunan kolonial akan membuatkan anda rasa seperti berada di luar negara.Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih seperti taman di negara matahari terbit.
3. Fraser Hill
Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati alam semula jadi, banyak aktiviti boleh dilakukan di daerah “The Little England of Malaysia” ini. Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan. Anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser.
4. Kundasang
Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu.
Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus.
5. Bukit Larut
Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping dan dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka.
http://ift.tt/2ibbIYL
Comments
Post a Comment