5 Negara Yang Jadi Lokasi Rahsia Jutawan Untuk Sembunyikan Kekayaan Mereka


via Taiko TV

Terdapat siasatan yang bernama Paradise Papers di New York telah disebarkan kepada orang ramai. Di dalam siasatan itu mendapati bagaimana sesetengah pihak menyembunyikan kekayaan mereka untuk mengelakkan daripada terkena cukai.

Terdapat banyak cara untuk mengelak dari terkena cukai. Salah satunya ialah dengan menyembunyikan di negara-negara kecil yang mempunyai sedikit atau tiada kadar cukai.

Negara-negara tersebut dikenali sebagai kawasan perlindungan cukai. Diambil dari Worldofatlas.com berikut merupakan 5 negara yang dikatakan sebagai negara perlindungan cukai:

1. Luxembourg

Menurut laporan daripada Tax Justice Network Financial Secrecy Index, pada tahun 2013, negara Eropah Barat ini menduduki tempat kedua sebagai negara paling selamat dari cukai.
Orang yang menyembunyikan harta di sini adalah bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong II, pada tahun 2010 dengan anggaran harta bernilai US$ 4 billion.

2. Bermuda

Negara yang terletak di kawasan Atlantik Utara ini dikenali sebagai pusat kewangan luar pesisiran dengan undang-undang, peraturan dan piawaian cukai perniagaan yang minimum bagi pendapatan individu dan korporat.

3. Kepulauan Cayman

Pulau ini terletak di rantau Laut Caribbean. Kepulauan ini sering digunakan untuk menyembunyikan harta. Dalam laporan Paradise Papers, Ratu Elizabeth II turut disenaraikan untuk menyembunyikan khazanah di negara kecil ini.

Dalam The Duchy of Lancester, BBC, memberikan pendapatan peribadi Queen Elizabeth II sekitar £ 10 juta pada tahun 2004 dan 2005 di luar negara. Sebanyak 5 juta pound berada di Bermuda dan $ 7.5 juta di Kepulauan Cayman.

Syarikat yang mengendalikan dana di Kepulauan Caymand kemudian menggunakannya untuk membeli beberapa bahagian dalam sesuatu yang dipanggil ‘Project Bertie’. Projek ini sedang di dalam proses mengambilalih dua perniagaan runcit di UK, peruncit BrightHouse dan peruncit First Quench Retailing Ltd.

4. Switzerland

Switzerland adalah salah satu negara yang menawarkan perkhidmatan perbankan di luar pesisiran dan sektor perbankan merupakan penyumbang ekonomi utama di negara ini.

Pada tahun 2013, laporan Boston Consluting Group menunjukkan negara ini adalah salah satu negara yang digunakan oleh rakyat Barat Eropah dan Asia Pasifik gunakan untuk mengelakkan cukai.

5. Bahamas

Di rantau ini perkhidmatan kewangan yang dilakukan scara sah. Tetapi rayuannya kepada pembayar cukai terletak pada rahsia dan kelemahan pegawai itu sendiri.

http://ift.tt/2yYIlDd

Comments