- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Banyak tempat menakjubkan di dunia yang tidak habis dikunjungi oleh pencinta alam. Keindahan beberapa lokasi kadangkala susah untuk mempercayainya jika dilihat dengan mata kasar. Diambil dari Wonders List, ini ialah 5 tempat yang unik dan benar wujud di dunia.
#1. Gunung Roraima, Venezuela
Pada pandangan pertama ia kelihatan seperti di dalam filem fiksyen sains. Gunung Roraima merupakan sebuah keajaiban semula jadi yang menakjubkan. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di dataran Pakaraima di Amerika Selatan.
Kawasan ini merangkumi tiga sempadan iaitu sempadan Venezuela, Brazil dan Guyana. Gunung Roraima ini dianggap sebagai geologi tertua di Bumi.
#2. Salar de Uyuni, Bolivia
Mempunyai pemandangan menakjubkan di dalam dunia. Lokasi itu merupakan pembentukan plat garam terbesar di dunia dengan keluasan kira-kira 10,582 km persegi.
Kawasan ini terletak di wilayah Potosà dan Oruro di Bolivia barat daya. Ia juga berhampiran puncak Andes dan berada pada ketinggian 3,656 meter di atas paras laut.
#3. The Stone Forest
The Stone Forest atau dalam bahasa lokal disebut Shilin adalah pembentukan batu kapur yang terletak di wilayah Shilin Yi, Yunnan, China. Shilin berjarak sekitar 120 km dari ibu kota Kunming.
Di kawasan itu terdapat banyak batuan tinggi yang meletus dari tanah atau biasanya dirujuk sebagai pembentukan batuan stalagmit.
#4. Taman Tulip Keukenhofs, Belanda
Pencinta bunga pasti akan menyukai pemandangan taman tulip yang berwarna warni ini. Pemandangan bermusim ini mempunyai lebih tujuh juta bunga tulip dan pokok-pokok yang indah. Ia juga mempunyai berbagai warna seperti kuning keemasan, indigo, merah dan ungu.
5. Socotra, Yaman
Socotra adalah sebuah kepulauan kecil dari empat pulau di Lautan Hindi yang kini menjadi wilayah Republik Yaman. Salah satu tumbuhan Socotra yang menarik adalah pokok darah naga (Dracaena Cinnabari) iaitu dalam bentuk payung yang pelik.
Pokok ini merupakan salah satu ciri semula jadi di Socotra. Ia tumbuh di dalam bukit dan dataran tinggi di Discum di tengah pulau itu. Getah merah dianggap sebagai darah naga purba yang dibuat sebagai ubat dan pewarna. Tapi kini digunakan sebagai cat dan varnis.
http://ift.tt/2zoJVP3
Comments
Post a Comment