- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Inovasi baru di dalam bidang teknologi kini mementingkan ciri-ciri pemeliharaan alam sekitar. Kini bandar-bandar besar menjadi contoh yang baik kerana telah mengambil beberapa langkah seperti memastikan kadar pencemaran mereka dikurangkan, lebih banyak menggunakan tenaga elektrik berbanding bahan api fosil dan pelbagai lagi cara untuk membuat bandar mereka bandar yang bersih dan ‘hijau’ ataupun mesra alam.
Senarai ini menyatakan bandar-bandar yang sedang megusahakan perkara-perkara ini.
1. Copenhagen, Denmark
Hampir 50% penduduk mereka lebih memilih untuk berbasikal kerana laluan basikalnya yang diatur dengan baik. Oleh kerana itu, pelepasan gas karbon dioksida mereka amat rendah. Penduduk Kopenhagen juga banyak mengamalkan kitar semula dan pengomposan. Misi mereka adalah untuk menjadi negara neutral karbon pada tahun 2025.
2. Amsterdam, Belanda
Penduduk di sini gemar berbasikal juga. Antara sebabnya ialah kerana bandar yang mempunyai banyak laluan air ataupun terusan, juga mempunyai banyak laluan yang sempit.
Program ’smart city’, ataupun bandar pintar, bermula sejak 2009. Penduduk digalakkan untuk mengamalkan kitar semula, menggunakan panel suria, lebih gunakan elektrik berbanding bahan api dan lain-lain lagi.
3. Stockholm, Sweden
Dua per tiga daripada bandar kehijauan dengan 12 taman-taman yang cantik. Bandar ini merupakan bandar pertama yang menerima penghargaan Bandar Hijau Eropah pada tahun 2010. Mereka juga mengamalkan penukaran sisa pembuangan kepada biogas, mengurangkan penggunaan bahan api.
4. San Francisco, Amerika Syarikat
Mengitar semula barang buangan sangat penting kepada penduduk mereka. Merancang untuk mencapai kosong sisa pembuangan pada tahun 2020. Pengunaan plastik tanpa dikitar semula dilarang sejak 2007. Mengamalkan penggunaan tenaga suria, angin, dan lain lagi sebgai ganti kepada bahan api fosil.
5. Vancouver, Kanada
Antara bandar paling mesra alam. Mereka bercita-cita untuk kota ‘terhijau’ di dunia pada tahun 2020, lagi-lagi dengan bantuan kumpulan yang dikenali sebagai Greenest City Action Team (GCAT), ataupun Kumpulan Aksi Bandar Terhijau.
6. Curitiba, Brazil
Bandar ini kehijauan dengan 12 hektar kawasan kehijauan per 100 orang penduduk. Keseluruhannya ialah 400 km persegi. Kebun botaninya mengandungi 350 ribu jenis spesis.
7. Reykjavik, Iceland
Mereka memiliki sistem pemansa geo-temal terbesar di dunia. Kerana negaranya mempunyai 30 gunung berapi yang aktif, rakyatnya bergantung kepada tenaga hidroterma. Tenaga elektrik mereka datang daripada tenaga hidro-geoterma.
http://ift.tt/2znnjxe
Comments
Post a Comment