- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
http://ift.tt/2iIe5lQ
Buah pinggang merupakan antara organ yang amat penting dalam sistem tubuh badan kita, namun begitu rata-rata rakyat malaysia tidak mengambil berat tentang hal ini.
Setiap tahun, sebanyak 6,000 hingga 7,000 kes baru pesakit buah pinggang melibatkan rakyat negara ini telah dikesan, kebanyakkannya merupakan akibat daripada amalan gaya hidup dan pengambilan makanan yang kurang sihat.
Oleh itu kita haruslah bertindak segera agar penyakit ini tidak membunuh kita pada suatu hari nanti.
Antara fungsi buah pinggang ialah :
- Untuk menyingkir sisa buangan
- Untuk mengawal jumlah cecair
- Untuk mengawal tekanan darah
- Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah
- mengekalkan kesihatan tulang
Jom kita lihat 7 cara untuk membersihkan buah pinggang kita secara semula jadi
#1. Minum Air Putih 8 Gelas Sehari
Anda disyorkan minum air putih sebanyak 8 gelas sehari, hal demikian kerana air putih dapat membantu buah pinggang anda untuk berfungsi dengan baik. Selain itu, air putih juga dapat menyahtoksinkan racun dalam badan anda.
#2. Minum Jus Epal
Selain air masak, lebih baik juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lebih baik jika anda menghasilkan sendiri jus epal kerana jika dibeli, kandungan gulanya amat tinggi.
#3. Jus Lemon
Jus lemon adalah kunci utama dalam menyekat perkembangan batu karang dalam buah pinggan. Jus lemon juga membantu buah pinggan beroperasi secara efektif.
#4. Masukkan Ikan Dalam Hidangan Harian Anda
Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
#5. Elakkan Merokok
Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.
#6. Kurangkan Gula Dan Garam Dalam Makanan.
Anda juga haruslah mengurangkan gula dan garam dalam pemakanan anda. Pilihlah makanan yang mempunyai vitamin yang tinggi contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran.
#7. Buah Tembikai
Anda juga boleh amalkan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang anda. Dengan pengambilan buah tembikai, iainya membantu anda untuk membuang air kecil dengan lebih lancar maka dengan ini buah pinggang anda akan bertambah baik.
Comments
Post a Comment