7 Eksperimen Yang Telah Mengubah Kehidupan Individu-individu Ini


via Taiko TV

Individu-individu ini sangat berani dan melakukan sesuatu dengan cara yang lain daripada yang biasa. Perubahan mereka telah mengubah hidup mereka buat selamanya.

1. Wanita ini memakai pakaian yang sama ke tempat kerja selama 3 tahun

Matilda Kahl berpendapat bahawa memilih pakaian untuk dipakai setiap hari akan mengambil banyak masa dalam kehidupan hariannya. Beliau mengambil keputusan untuk memilih gabungan pakaian untuk dijadikan ‘uniform’ untuk dipakai ke tempat kerja. Hasilnya, pelbagai jenis baju dapat dipakai semasa hari minggu dan waktu bercuti.

2. Lelaki ini hanya memakan kentang selama 1 tahun

Andrew Taylor makan kentang sahaja selama setahun dan kini berat badannya telah turun sebanyak 50kg.

3. Zaman kanak-kanak tanpa teknologi

Seorang ibu membesarkan anak-anaknya tanpa penggunaan teknologi. Anak-anak tersebut tidak menggunakan komputer, telefon pintar, televisyen dan lain lagi. Juru gambar Niki Boon tinggal bersama mereka dan menjadikan mereka inspirasi untuk siri penggambarannya yang bertajuk ‘Childhood in the Raw’.

4. Wanita ini hidup tanpa duit selama 20 tahun

Heidemarie Schwermer tidak mahu menjadi individu yang materialistik. 20 tahun yang lepas, beliau pindah keluar dari tempat tinggalnya, menjual hampir semua barangnya dan mulakan kehidupan barunya tanpa duit. Beliau melakukan kerja dan dibayar dengan makanan dan tempat berlindung. Kini beliau telah melakukannya selama 20 tahun dan sering diminta untuk menjadi pembicara di mana-mana acara & sentiasa dijemput sebagai tetamu rancangan televisyen.

5. Pasangan Dari Zaman Victoria

Seperti yang dinyatakan, pasangan Sarah Chrisman dan Gabriel Chrisman berhenti hidup dalam zaman kini, dan berpindah kehidupan ke zaman Victoria. Cara hidup mereka digantikan dengan cara zaman Victoria termasuklah tidak menggunakan apa-apa teknologi seperti telefon pintar. Sarah siap menulis buku tentang eksperimen tersebut.

6. Kehidupan Tanpa Sampah

Bea Johnson memilih cara hidup tanpa perlu membuang sampah untuk dirinya dan keluarganya. Mereka tidak membeli barang yang tidak boleh dikitar semula. Dalam setahun sisa buangan mereka hanya sebanyak 1kg sahaja.

7. Setahun Tanpa Internet

Paul Miller, merupakan seorang wartawan yang mengambil keputusan untuk hidup tanpa berada diatas talian selama setahun. Beliau siap menggantikan email dengan pos. Hasilnya, beliau berjaya menulis sebuah buku, berat badannya turun sebanyak 5kg dan fokusnya lebih baik. Beliau juga kini lebih berhati-hati dengan cara dan masa dia menggunakan internet.

http://ift.tt/2ArMw7F

Comments