8 Fakta Mengenai Meghan Markle, Tunang Kepada Putera Harry Yang Cantik Jelita


via Taiko TV

Putera Harry bakal menamatkan statusnya sebagai lelaki bujang paling ‘hot’ di abad ini. Beliau secara rasmi mengumumkan pertunangannya kepada Meghan Markle pada Isnin (27/11/2017 dan menyatakan bakal berkahwin pada tahun depan.

Berita mengenai pertunangan ini sekaligus telah menepis tanggapan yang mengatakan Putera Harry adalah seorang playboy yang tidak pernah mempunyai suatu perhubungan yang serius. Seperti sebuah cerita khayalan kanak-kanak, Cinderella, seorang wanita dari golongan rakyat biasa telah dilamar seorang putera raja dan kini bakal menjadi sebahagian ahli keluarga diraja Britain.

Siapakah sebenarnya gadis ini, Megan Markle yang telah berjaya menawan hati Putera Harry? Sumber dari The Daily Mail, terdapat 5 fakta ringkas mengenai Megan yang anda tidak diketahui:

#1. Nama Pertamanya Bukanlah Megan

Dia dilahirkan dengan nama Rachel Meghan Markle.

#2. Lebih Berumur Dari Harry

Megan Markle lebih tua daripada Putera Harry. Megan dilahirkan pada tahun 1981, sedangkan Harry dilahirkan pada tahun 1984.

#3. Rakyat Biasa

Megan bukan dibesarkan dari kalangan orang berharta. Beliau pernah melakukan pelbagai jenis kerja dalam mendapatkan wang saku. Sebelum menjadi seorang model dan pelakon beliau pernah memperoleh wang tambahan melalui penjualan kaligrafi dan tidak dinafikan gaya penulisannya agak baik.

#4. Rancangan Deal Or No Deal

Bagi mereka yang pernah dengan rancangan hiburan tersebut, terdapat seorang wanita yang menjadi model yang akan menunjukkan hadiah yang akan dimenangi peserta selain itu menjadi pembantu kepada host. Meghan merupakan wanita tersebut. Di situ permulaannya Megan telah menerima beberapa tawaran dalam dunia hiburan sekaligus terus melonjakkan namanya dalam industri tersebut.

#5. Adegan Seks

Sewaktu perkenalan dengan putera Harry, Megan Markle sudah mempunyai kerjaya sebagai sebuah pelakon filem malah pernah membintangi filem ‘panas’ dan pernah melakonkan babak seks dalam filem tersebut.

#6. Berketurunan Afrika

Megan Markle bukan berketurunan English tetapi Amerika selain mempunyai campuran Afrika. Ibu Megan adalah seorang wanita kulit hitam.

#7. Seorang Yang Baik Hati

Megan adalah seorang yang dermawanan.beliua telah bekerja dalam beberapa misi bantuan sosial dan kemanusiaan, tanpa dibayar gaji. Perkenalan dengan putera Harry merupakan suatu bayaran yang setimpal dengan kebaikannya dan hasi usahanya selama ini. Beliau sendiri mengenali Putera raja Britain itu di sebuah majlis makan malam amal dan akhirnya memupuk perasaan cinta antara mereka.

#9. Pisang Sebagai Simbolik Ikatan Cinta

Melalui laman Instagram Megan, beliau telah memuat naik gambar dua biji pisang yang disusun bersebelahan seolah berpelukan dengan caption ‘tidur nyenyak’. Tidak lama lepas gambar itu dimuat naik Putera Harry telah mengumumkan bahawa mereka memang sedang bercinta. Definisi ‘pisang’ yang membawa pelbagai kisah tersirat.

http://ift.tt/2BjiItk

Comments