- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Stadium San Siro di bandar Milan menjadi saksi kepada kegagalan pasukan kebangsaan Itali untuk ke Piala Dunia 2018.
Hasrat Gli Azzuri untuk bermain di Piala Dunia telah terkubur setelah pasukannya itu kalah agregat 0-1 dengan pasukan Sweden. Bagi Itali, ini merupakan kegagalan pertama memasuki ke pusingan akhir Piala Dunia sejak 1958 atau hampir 60 tahun yang lalu.
Ketika perlawanan, pasukan Gian Piero Ventura sebenarnya bermain dengan mantap pada minit yang pertama di mana di sepanjang permainan, pasukan Itali dilihat terus mengasak benteng pertahanan Sweden.
Dalam perlawanan play-off pertama, Itali tewas di tangan Sweden. Misi mereka adalah untuk mengatasi defisit tersebut di San Siro.
Dalam perlawanan itu, Skuad Azzurri, yang diketuai Gian Piero Ventura ternyata tumpul apabila tidak dapat menyumbat sebarang gol selama 180 minit perlawanan.
Susulan itu, Kapten Itali Gianluigi Buffon turut mengumumkan persaraannya selepas kekalahan tersebut.
Pusingan akhir Piala Dunia akan diadakan di Rusia tahun depan.
Comments
Post a Comment