9 Trend Fesyen Yang Bakal Meletup Pada Tahun 2018


via Taiko TV

Fesyen telah menjadi gaya hidup setiap orang terutama kaum wanita. Setiap tahun fesyen kerap mengalami perubahan. Dalam Popsugar.com menunjukkan beberapa trend yang akan diteraju pada tahun 2018.

1. Check Print

Check print ini bukanlah perkara baru dalam dunia fesyen. Trend ini berjaya menguasai dunia fesyen tidak lama dahulu. Trend yang dipadankan dengan kesan formal dan klasik ini boleh menghasilkan pelbagai pertujukan seperti sporty, kasual, dan formal.

2. Wide Belt

Tali pinggang lebar ini boleh memberikan anda gaya tersendiri. Hanya menggunakan tali pinggang ini dapat menarik perhatian orang lain tanpa menggunakan usaha yang berlebihan.

3. Lavender

 

Warna merah jambu yang disukai ramai akan mungkin akan berkurangan menjelang tahun 2018. Warna yang dijangka menjadi tumpuan adalah warna lavender. Warna ini akan memberi kesan lembut dan feminin pada penampilan anda.

4. Fringe Bag

Beg pinggang ini juga merupakan trend yang pernah dipakai sebelum ini. Beg ini boleh digabungkan dalam pelbagai gaya seperti yang anda mahukan.

5. Sock Boots

Kasut jenis ini sudah tidak asing lagi. Kasut ini biasanya akan ada hiasan kecil yang boleh menyerlahkan bahagian kaki.

6. Suit Set

Blazer dijangkakan akan meneraju tahun 2018. Orang ramai berpendapat ianya mencipta kesan formal pada gaya tetapi sebenarnya ia dapat mewujudkan kesan yang penuh bergaya. Tambahan pula blazer boleh digabungkan dengan pelbagai barangan fesyen lain seperti kemeja.

7. Statement Earring

Aksesori juga dapat menciptakan gaya yang boleh mencuri perhatian. Sentuhan statement ear ring akan memberi kesan moden pada penampilan.

8. Ruffle

Jangan segan untuk memaparkan gaya playful anda. Jika anda tidak mempunyai keberanian bermain dengan wrna yang banyak, kenakan penampilan anda dengan gaya ruffle yang akan membuatkan anda kelihatan ceria dan menggoda.

9. Denim

Gaya klasik tidak pernah lekang oleh waktu. Itulah terciptanya fesyen denim. Setiap tahun denim akan membuatkan penampilan anda terus bergaya.

10. Daddy’s Sneakers

Jika sebelum ini sneakers skaters memberi kesan street yang berjaya, cubalah beralih kepada Daddy’s Sneakers. Gaya ini menyerupai kasut untuk golongan tua bersukan. Ia akan menciptakan kesan pada masa ini dan anda akan berasa selasa apabila memakainya.

http://ift.tt/2z0BAkp

Comments