Awas! Bukan Setakat Makanan, Bahkan Coli Wanita Juga Mempunyai Tarikh Luput


via Taiko TV

Bagi kaum wanita, memiliki bra adalah suatu barang kemestian untuk dimiliki kerana ia melindungi aset para wanita. Untuk memastikan payudara tetap sihat dan elok mereka harus memilih bra dengan tepat.

Salah satu caranya ialah dengan memerhatikan jangka masa pemakaian bra. Ini kerana bra juga mempunyai tarikh luput.

Akaun Instagram @yafakta menyatakan akan tarikh luput bra. Ternyata bra juga memiliki tarikh luput selama 6 hingga 8 bulan dan perlu digantikan dengan yang baru.

Ini kerana keadaan bra yang sering dipakai akan mengalami penurunan kualiti bahan dan bentuk selepas jangka masa tersebut.

Akan tetapi ianya juga bergantung kepada berapa kali wanita itu memakainya dan bagaimana mencuci bra itu.

Pakar pakaian dalam Amerika mengatakan, “Mencuci bra menggunakan mesin pencuci akan lebih membuatkan bra rosak kerana span di dalam bra akan longgar.”

Untuk wanita yang sering memakai bra yang sama berulang kali juga akan membuatkan bra kurang elastik.

http://ift.tt/2juM709

Comments