Banyak Tahi Lalat Di Tubuh Mungkin Petanda Awal Kanser Kulit


via Taiko TV

Kanser merupakan salah satu penyakit yang boleh membunuh. Ramai yang tidak mengetahui yang mereka sebenarnya menghidapi kanser, sehinggalah mereka sudah tiba pada fasa terakhir penyakit itu.

Berikut merupakan 11 tanda-tanda kanser kulit yang perlu anda tahu

#1. Tahi lalat yang bersaiz tidak sekata.

Cuba untuk potong tahi lalat anda kepada dua bahagian. Adakah kedua-dua belahnya sama? Tahi lalat yang tidak simetri adalah petanda yang tidak bagus.

#2. Tahi lalat yang bergerigi dan tidak licin.

Tahi lalat yang normal selalunya dalam keadaan yang licin

#3. Tahi lalat yang menjadi semakin gelap atau bertukar warna.

#4. Saiz tahi lalat yang boleh dianggap besar.

Sebagai rujukan, saiz sebesar pemadam pensel. Kepada mereka yang bersaiz sedemikian, sila berikan perhatian.

#5. Tahi lalat yang berdarah atau menyakitkan.

#6. Jerawat yang tidak hilang pada bahagian yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Bintik jerawat selalunya akan timbul dan hilang setiap masa, namun bagi yang tidak hilang untuk lebih dari tempoh sebulan atau lebih, ia mungkin bukan jerawat.

#7. Lebam pada bahagian kaki yang tidak sembuh-sembuh.

#8. Pendedahan kepada HPV (Human PapillomaVirus).

Alat kelamin – yang selalunya kurang terdedah kepada cahaya matahari, ianya dapat dapat membangkitkan sel squamous dan membawa kepada kanser kulit apabila terdedah.

#9. Sakit yang tidak sembuh-sembuh.

Kebanyakannya merujuk kepada masalah di dalam mulut (disebabkan oleh merokok). Jadi hindarlah dari merokok.

#10. Gari-garis hitam di bawah kuku jari dan kaki.

Ianya juga dilaporkan boleh timbul pada jari kaki.

#11. Kulit bersisik

Kanser kulit dan masalah kulit seperti kulit kering, psoriasis, ekzema adalah satu benda yang sangat berbeza. Selalunya bahagian kulit yang menghidapi kanser tidak akan berkesan walaupun disapu dengan produk krim kulit.

Meskipun petanda-petanda seperti ini tidak lah semestinya 100% benar, anda disarankan untuk pergi berunding dengan pakar kulit bagi memastikan yang kulit anda adalah betul-betul sihat.

http://ift.tt/2AcMFyG

Comments