Barbie Lancarkan Boneka Bertudung Pertama Yang Mungkin Patuh Syariah


via Taiko TV

Selepas 58 tahun menjadi salah satu permainan kanak-kanak perempuan terkemuka dunia, Barbie akhirnya mencipta versi wanita bertudung boneka itu.

Barbie mencipta boneka versi Ibtihaj Muhammad iaitu atlet Amerika yang pertama memakai tudung pada Olimpik 2016. Anak patung Ibtihaj Muhammad telah dipamerkan buat kali pertama dalam Women of the Year Live Summit Glamour.

“Saya kagum dapat melihat diri saya dalam bentuk boneka kecil dan lengkap dengan pakaian seragam. Ada namaku di belakang baju boneka itu. Ia juga turut dilengkapi penutup muka dan pedang. Saya sangat gembira dapat jadi sebahagian daripada ini.” kata Ibtihaj.

“Belum pernah ada Barbie yang memakai tudung sebelum ini. Saya sangat gembira karena perkara ini terjadi dalam hidup saya.

Kanak-kanak sekarang boleh memiliki Barbie yang serupa dengan mereka yang boleh memakai tudung seperti penampilan mereka atau seperti emak mereka.

Ia juga boleh boleh dimiliki oleh kanak-kanak bukan muslim yang tidak memakai tudung tapi punya kesempatan untuk bermain boneka yang bertudung.” Ujar dia

http://ift.tt/2zorcTC

Comments