- Get link
- X
- Other Apps
Bukan Sekadar Cantik, Tetapi Gadis Comel Ini Merupakan ‘Freestyler’ Bola Sepak Yang Paling Hebat Di Dunia
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Bukan calang-calang individu yang berjaya mengabadikan nama mereka di dalam rekod Guinness. Selain perlu memiliki set kemahiran yang tertentu, individu itu juga perlu memecahkan rekod yang sedia ada bagi membolehkan namanya ditempatkan setanding dengan individu-individu hebat yang lain.
Bagi gadis yang cantik ini, beliau bukan saja boleh dianggap berbakat, malah beliau juga dikatakan cukup bertuah apabila kecantikan dan kemahiran yang dimilikinya itu bakal membuatkan peminat-peminat bola sepak, khususnya di kalangan peminat lelaki terpana.
Indi Cowie yang baru berumur 23 tahun, bukan sahaja dapat mencipta rekod Guinness, malah dia dapat mencipta dua daripadanya.
Rekod Guiness Pertama
Yang pertama merupakan jumlah tertinggi trik ‘around the world’ dalam masa seminit. Indi dikehendaki membuat pusingan dengan kakinya keliling bola tersebut sebelum ditahan dengan kakinya semula. Dia dapat melawan rekod sebelumnya dengan satu pusingan lebih sahaja.
Rekod Guiness Kedua
Rekod yang kedua ialah jumlah tertinggi sentuhan bola pada tapak kaki dalam seminit (kategori wanita). Rekodnya mencecah 200 kali menyentuh tapak kaki.
Cobaan pemecahan rekod tersebut diadakan di Stadium AT&T di Arlington, Texas. Ia merupakan acara yang terlibat dalam kempen ‘#SoccerEveryday’.
Comments
Post a Comment