Cium Isteri Setiap Hari Dapat Bantu Suami Dan Isteri Kurangkan Stress Di Tempat Kerja


via Taiko TV

Seringkali kita menganggap ciuman itu adalah perkara yang sensitif dan tidak wajar diceritakan. Namun sebaliknya di Negara barat di mana suatu kajian telah dibuat untuk menjelaskan kebaikan dan manfaat yang diterima daripada bercium. Sejak dari Zaman dahulu ciuman adalah salah satu cara untuk mengekspresikan emosi dan perasaan cinta serta kasih sayang kepada pasangan. Antara kebaikan bercium adalah:

1. Mengurangkan Alahan Seseorang

Masalah alahan atau gatal di kawasan mata dan hidung merupaka antara perkara yang sering dialami ramai orang. Di dalam jurnal Psychosomatic terbitan tahun 2006 menyatakan sebelum mengambil sebarang ubatan alahan, boleh cuba mencium bibir pasangan selama 30minit dapat mengurangkan masalah alahan ini.

2. Meningkatkan Daya Tahan Terhadap Kesakitan

Satu kajian farmasi yang diterbitkan pada tahun 2015 menunjukkan bahawa oxytocin (hormon cinta), yang dilepaskan apabila anda mencium pasangan anda, dapat mengurangkan kesakitan kronik.

Para penyelidik menyatakan bahawa oxytocin mempunyai sifat analgesik (ubat penghilang rasa sakit), serta kemampuan untuk mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, yang sering dialami oleh penderita sakit kronik.

3. Menurunkan Kadar Tekanan

Berciuman dengan pasangan juga telah membuktikan ia mampu menurunkan kadar hormon kortisol, atau hormon yang berkaitan dengan stress.

4. Menjadikan Mulut Anda Bersih

Sudah tentu konsep bercium tidak boleh disamakan dengan memberus gigi. Tetapi menurut sesetengah pakar, ciuman dapat membantu mencegah kerosakan gigi.”Mencium merangsang penghasilan air liur yang membersihkan bakteria berbahaya dari gigi dan mengurangkan risiko pembentukan plak,” jelas Joshua Perlman, seorang doktor gigi di New York City. Mengurangkan pembentukan plak secara tidak langsung dapat mengelakkan kerosakan gigi berlubang.

5. Membantu Menentukan Keserasian Dengan Pasangan

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2007 dalam Psikologi Evolusi menyatakan bahawa ciuman dapat membantu anda menilai pasangan anda. Apabila anda mencium seseorang, anda bertukar maklumat yang berkaitan dengan kompleks histokompatibiliti utama (MHC).

MHC adalah struktur gen yang berkaitan dengan sistem imunisasi badan. Fungsinya adalah untuk mencari pasangan yang mempunyai sistem imunisasi badan yang berbeza daripada anda (ini penting dalam memastikan generasi atau anak yang sihat), dan ciuman boleh menjadi penanda aras yang baik sama ada sistem imunisasi anda dan pasangan bersesuaian atau tidak.

6. Menghangatkan Lagi Hubungan Suami Isteri

Memang betul hubungan perkahwinan yang panjang adakalanya akan menjadi hambar. Cuba kerap melakukan hubungan fizikal dengan memegang tangang, bersentuhan, dan berciuman. Sudah tentu akan timbul suatu perasaan berbeza seperti saat mula berkenalan dahulu.

http://ift.tt/2hxIbb2

Comments