Dulu Digelar Lelaki Hodoh, Kini Kacak Seperti Model Sampai Ibu Sendiri Pun Dah Tak Kenal


via Taiko TV

Siapa yang dapat menyangkan lelaki yang suatu ketika dahulu pernah dipanggil hodoh telah bertukar menjadi kacak seperti seorang model.

Lelaki yang berusia 22 tahun ini dikenali sebagai Noppajit Monlin pernah suatu ketika dahulu terpaksa mengasingkan diri daripada rakan-rakan sebayanya kerana malu dengan keadaan rahangnya yang senget.

Namun nasib Monlin beruban 360 darjah setelah beliau dipilih untuk menyertai program ‘Let Me In Thailand’ sebuah rancangan TV yang popular untuk menjalani pembedahan rahang, dah dan kelopak mata di Korea Selatan.

Setelah pembedahan itu berhasil, Monlin yang pernah diejek oleh rakan-rakan sebayanya kerana kecacatan kini sudah bertukar menjadi seorang model Korea.

Meskipun sudah kacak dan popular, Monlin masih setia kepada kekasihnya iaitu seorang pondan yang dikenali di Facebook pada beberapa tahun yang lepas.

“Walaupun saya mempunyai kehidupan baru sekarang, hati saya tetap sama,” kata Monlin.

Selepas menjalani pembedahan di Korea Selatan, Monlit kemudiannya telah pulang ke kampung halamannya untuk bertemu dengan ibunya.

Apa yang anehnya, perubahan ketara yang dilakukan pada wajah Monlit telah membuatkan ibunya sendiri sudah tidak mengenali anak kandungnya sendiri.

Monlit yang bertemu dengan ibunya untuk pertama kalinya setelah pembedahan itu telah beberapa kali cuba menyakinkan bahawa dirinya adalah Napporit Monlit, anak kepada ibunya itu.

http://ift.tt/2hJmfJL

Comments