Hati-hati Kalau Ternampak Benda Pelik Diletakkan Pada Cermin Kereta Anda. Wanita Ini Kongsi Pengalamannya


via Taiko TV

Permulaan hari untuk seorang wanita berjalan dengan lancar seperti hari biasa sahaja di Apelton, Wisconsin di Amerika Syarikat. Beliau melakukan aktiviti hariannya seperti biasa. Setelah selesai membeli barang, beliau berjalan ke arah keretanya.

Sebaik saja tiba di keretanya, beliau ternampak sesuatu pada cermin depan keretanya. Dia mula berasa tidak sedap hati.

Wanita tersebut tiba-tiba perasan bahawa terdapat sebuah kereta SUV besar di sebelah kereta dirinya, dan kawasan meletak kereta hampir tiada kereta lagi.

Dia terus memasuk ke dalam keretanya dan memandu dengan laju sekali ke rumahnya. Dalam perjalanannya, benda yang berada pada cermin keretanya tadi berbunyi apabila berhentakan dengan permukaan cermin kereta.

Setelah sahaja tiba di rumah, wanita tersebut bersama-sama anaknya, Savannah Nguyen, memeriksa benda misteri yang tiba-tiba berada pada keretanya. Benda tersebut merupakan plastik kecil yang mengandungi sebentuk cincin dan dan sehelai kertas kecill.

Pada saat itu, Savannah sangat bersyukur ibunya selamat. Ibunya kemungkinan baru sahaja melarikan diri daripada kes ragut, ataupun lebih teruk, kes colek.

Orang yang meletakkan benda tersebut pasti ingin membuat mangsanya mengambil masa untuk memeriksa apa yang dijumpai pada kereta. Saat itulah masa mereka boleh teruskan dengan perancangan jahat mereka.

Savannah yang risau akan keselamatan orang lain yang mungkin terkena taktik penjahat tersebut menceritakan peristiwa tersebut pada laman Facebook dirinya.

http://ift.tt/2j5Xb3v

Comments