Kanak-Kanak Berusia 8 Tahun Ini Memiliki Tulisan Tangan Tercantik Di Dunia


via Taiko TV

Ramai orang mengatakan tulisan tangan dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Tulisan yang rapi sejak dari awal ayat sehingga ke akhir dapat memaparkan sifat konsisten di dalam diri seseorang. Ada yang menilai jika tulisan tangan mereka senget menandakan orang itu penyabar dan memiliki jiwa kesenian yang tinggi.

Ada juga mengatakan jika tulisan tangan mereka menegak orang itu ialah seorang yang tegas. Tulisan tangan boleh dibentuk melalui latihan yang memakan masa bertahun-tahun lamanya.

Praktiri Malla, pelajar gred 8 daripada Sainik Awasiya Mahavidhyalaya di Nepal, ini dikatakan mempunyai tulisan paling cantik di dunia. Tulisan mirip ditaip daripada komputer ini turut mendapat pujian dan pengiktirafan daripada kerajaan Nepal.

Praktiri yang baru berusia 8 tahun itu menjuarai sebuah pertandingan menulis karangan di India. Bukan sahaja isi kandungan karangan tersebut yang membuatkan pihak juri kagum malah tulisan tangan Malla turut mengagumkan pihak juri.

Ramai menyangkakan tulisan itu telah ditulis dengan menggunakan komputer tetapi ia sebenarnya merupakan tulisann tangan Praktiri sendiri.

“Saya tidak pernah melihat tulisan tangan seunik ini. Tulisan tangan miliknya sangat mengagumkan walaupun dia hanya berusia 8 tahun,” kata salah seorang juri di pertandingan itu.

Beberapa orang pakar penulisan yang telah melihat karangan Malla turut jugaa memberi pengiktirafan.

Pelajar dari Awasiya School of Science, Bhaktapuri itu memberitahu dia menghabiskan latihannya selama 2 jam sehari untuk menulis setiap huruf yang ditulisnya.

Manakala, menurut pemerhatian seorang pakar tulisan tangan, Sherri LaReaux, tulisan tangan juga turut dikaitkan dengan pendapat dan cara pemikiran seseorang.

Sekiranya pasangan kembar seiras menulis pun, tulisan tangan mereka berdua pun tidak semestinya sama, dia menambah. Anda boleh mengenalpasti diri anda melalui tulisan tangan seperti:

1. Condong Ke Atas

Dr. Darius Russin mengesahkan jika tulisan tangan semakin lama semakin condong ke atas ini menunjukkan anda seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Tetapi juga harus berhati-hati kerana ia juga menunjukkan ada mungkin merupakan seorang yang angkuh.

2. Purata Tulisannya Kecil

Menurut seorang pakar tulisan tangan, Davidda Rappaport, tulisan yang ditulis kecil-kecil hurufnya menunjukkan yang mereka sering memberikan tumpuan penuh terhadap benda-benda kecil juga.

3. Huruf Tidak Ditutup Dengan Baik

Terdapat dua jenis orang yang tidak menutup hurufnya dengan baik. Sama ada yang terbuka di atas dan terbuka di bawah. Russin menyatakan mereka yang hurufnya terbuka di atas sering tidak melakukan tugasnya dengan baik. Mereka juga seorang yang selalu meremehkan tugasnya. Manakala mereka yang tidak menutup hurufnya di bawah seperti huruf ‘a’ dan ‘o’ selalu menunjukkan sikap berbohong

4. Menggunakan Huruf Besar

Orang yang menulis namanya sendri menggunakan huruf besar memilki kecenderungan untuk menjadi terkenal atau memang seorang yang berpengaruh di dalam kehidupannya. Semakin besar hurufnya, semakin besar keinginan untuk dikenali ramai orang, kata Rusin

5. Menulis Dari Hujung Atas Halaman

Seseorang yang seperti ini disebut oleh Russin sebagai seorang yang sangat teliti kerana mereka tidak mahu kehabisan ruang menulis sekirnaya mula menulis dari atas penjuru.

http://ift.tt/2A4pl34

Comments