KFC di Jepun Cipta Sabun Mandi Dengan Aroma Ayam Goreng


via Taiko TV

Sebut tentang KFC pasti ramai yang akan memikirkan tentang kelazatan ayam gorengnya. Tetapi KFC di Jepun mempunyai banyak cara yang unik untuk mereka mempromosikan jenama mereka itu seperti menawarkan barangan anime dan sebagainya.

KFC di Jepun telah memperkenalkan produk baru iaitu sabun mandi yang menghasilkan aroma ayam goreng apabila direndam di dalam tab mandi. Mereka telah bekerjasama dengan Village Vanguard untuk melaksanakan produk ini.

Idea yang kreatif ini telah berjaya menarik perhatian netizen. Ada netizen yang suka akan pembuatannya dan ada yang beranggapan bahawa produk itu pelik.

KFC di Jepun ini juga telah mengadakan satu kempen yang dijalankan dari 1 hingga 15 November ini untuk memenangi sabun KFC berbentuk ayam peha seperti yang dinyatakan di akaun Twitter rasmi KFC Jepun itu.

Sebelum ini KFC telah menghasilkan lilin dengan wangian ayam goreng. Tetapi ternyata sabun mandian ini adalah yang paling unik dan pelik telah mereka hasilkan.

http://ift.tt/2AHyRcJ

Comments