Korang Ada Kawan Yang Kuat Makan Tetapi Tak Pernah Gemuk? Nah, Ini Rahsia Mereka!


via Taiko TV

Setiap orang pastinya pernah mengenali jenis manusia istimewa yang sentiasa berselera dan kuat makan tanpa perlu merisaukan tentang berat badan mereka.

Walaupun kerap makan namun tidak menunjukkan sebarang tanda kegemukkan seperti pinggang yang melebar atau pipi yang ‘membengkak’. Sedangkan anda mungkin hanya kerap meminum air sahaja tetapi tetap membuatkan anda kelihatan semakin gemuk.

Secara realitinya memang sangat beruntung mereka yang dilahirkan begitu iaitu tiada perubahan fizikal walaupun mempunyai tabiat makan yang agak hebat. Hakikatnya kepada persoalan ini ialah setiap tubuh manusia mempunyai tindak balas yang berbeza walaupun dengan jenis makanan yang sama.

Contohnya cuba bandingkan dua individu yang mempunyai sama umur, pekerjaan, jantina dan mengamalkan diet pemakanan yang sama tetapi sebenarnya mereka mempunyai berat badan yang berbeza.

Di samping itu, faktor genetik adalah turut menyumbang dalam pembentukan fizikal. Faktor ini sangat mempengaruhi terutama dari sudut pemprosesan sistem penghadaman iaitu tindak balas terhadap makanan yang memasuki tubuh badan.

Selain itu faktor sistem metabolisma dalam badan manusia adalah juga berbeza. Metabolisma ada proses reaksi kimia dalam tubuh makhluk hidup yang mengubah zat menjadi suatu zat yang lain dan bermanfaat kepada sistem badan.

Proses metabolisma yang aktif akan membantu meningkatkan kadar pembakaran kalori. Individu yang dapat mengekalkan bentuk tubuh badan walaupun makan dalam kuantiti yang banyak sudah tentu memiliki sistem metabolisma badan yang tinggi.

Contohnya manusia dilahirkan dengan siifat berbeza seperti mempunyai mata yang kebiruan atau rambut yang perang begitu lah juga sistem badan manusia yang berbeza.beza.

Tidak dinafikan faktor umur, bentuk badan, jantina, dan aktiviti fizikal mempengaruhi sistem metabolisma setiap individu, tetapi faktor genetik dikatakan antara yang paling mempengaruhi.

http://ift.tt/2z9Z0AN

Comments