- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Memandangkan saiznya yang kompak dan mudah disembunyikan, ramai yang tidak menyedari bahawa kamera tersembunyi atau hidden camera ini banyak dipasang di tempat-tempat awam seperti di dalam tandas ataupun di dalam bilik persalinan pakaian.
Fungsi kamera yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pemantauan keselamatan ini sebaliknya sering disalah gunakan untuk tujuan yang tidak bermoral.
Terbaru, sebuah kamera tersembunyi telah ditemui di dalam tandas di sebuah restoran di Filipina. Kamera yang berbentuk seperti sebuah flash disk ini telah ditemui oleh pelanggan restoran tersebut sewaktu beliau sedang menggunakan tandas.
Pelanggan itu kemudiannya telah membawa pulang kamera tersebut ke rumahnya dan mendapati banyak video yang terkandung di dalam kamera tersebut. Malah terdapat juga video yang telah diambil di beberapa buah lokasi yang berbeza.
Penemuan itu kemudiannya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kes ini sedang disiasat oleh pihak polis di Filipina.
http://ift.tt/2ikzCjw
Comments
Post a Comment