Lelaki Ini Bina Apple Store Sendiri Dan Seronok Bila Melihat 50 ‘Pelanggan’ Pertamanya ‘Kena Game’ Beratur Beli iPhone X


via Taiko TV

Baru-baru ini, iPhone terbaru daripada Apple, iPhone X akhirnya sudah pun berada di pasaran dan seperti tahun-tahun sebelumnya, para peminat fanatik Apple akan beratur seawal yang mungkin bagi menjadi salah seorang yang pertama memiliki telefon itu.

Memahami tentang trend ini, seorang lelaki yang mengambil kesempatan di atas pelancaran iPhone X ini dengan membina Apple Store-nya sendiri di tepi bahu jalan di tengah-tengah bandar New York, Amerika Syarikat.

Kedai yang telah diubahusai daripada kiub kaca yang terbiar itu kemudiannya telah dipasangkan dengan logo Apple di hadapannya bagi meyakinkan para ‘pelanggannya’ nanti.

Lelaki itu kemudiannya bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain memakai baju kameja-T berwarna biru untuk menyamar sebagai kakitangan Apple Store yang sah.

Bagi menambahkan hype, sebanyak 50 orang pelakon tambahan turut diupah untuk beratur bagi di hadapan ‘kedai’ tersebut supaya kelihatan serupa situasinya dengan kedai-kedai Apple yang lain.

Mangsa-mangsa sebaik sahaja melihat logo Apple yang diletakkan pada hadapan kedainya itu dan ditambah pula dengan barisan ‘pekerja’ yang friendly serta barisan pelanggan yang panjang akan terus percaya dengan helah mereka itu.

Mangsa kemudiannya akan dibawa masuk ke dalam ‘kedai’ tersebut, yang sebenarnya hanya merupakan sebuah lif untuk menuju ke tingkat bawah tanah stesen subway sebelum dihantar pulang melalui pintu yang sama beberapa minit kemudian.

Mangsa kemudiannya akan diberikan freebies sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama mereka.

http://ift.tt/2j8Is8f

Comments