Lelaki Ini Ditahan Polis, Aksi Seterusnya Yang Dirakamkan Oleh ‘Dashcam’ Dari Kereta Peronda Ini Sangat Mengejutkan


via Taiko TV

Sepasang pasangan kekasih Austin Urhan dan Samantha Watson sedang dalam perjalanan ke rumah datuk dan neneknya di bandar Scott, Texas apabila peristiwa tersebut berlaku.

Sebuah kereta polis mengikuti kereta mereka yang kemudiannya meminta mereka untuk memberhentikan kenderaan mereka. Polis yang menahan mereka mengatakan bahawa dia menerima laporan bahawa terdapat kereta Corvette hitam yang dipandu oleh Austin telah dipandu  secara merbahaya.

Kemudian, mereka berdua telah diminta supaya keluar daripada kereta sebelum anggota polis  itu mula mencari sesuatu pada badan Austin.

Walau bagaimanapun, cara Austin ditahan kali ini berbeza dengan kali-kali yang lain. Samantha juga perasan bahawa Austin lebih kelam-kabut semasa mereka diminta  untuk memberhentikan kenderaan mereka pada kali ini.

Tiba-tiba, polis tersebut memberitahu mereka bahawa dia telah menjumpai ‘bukti’ yang sedang dicari. Beliau kemudiannya menuju ke kereta peronda polisnya untuk mengambil kamera bagi mengambil gambar bukti tersebut.

Samantha hanya memikirkan apa yang Austin telah buat dan jika dia telah merahsiakan apa-apa selama 7 tahun mereka bersama. Beliau risau jika polis tersebut menjumpai dadah pada badan Austin.

Austin diminta turun melutut sebelum gambarnya diambil. Samantha diminta berdiri lebih dekat dengan Austin.

Samantha yang sedang ketakutan sangat terkejut apabila melihat bahawa ’bukti’ tersebut sebenarnya sebentuk cincin. Ditepi jalan, di hadapan kereta polis, di situ jugalah tempat Austin melamar kekasihnya itu.

Peristiwa yang amat dahsyat ini diceritakan oleh Samantha di laman Facebooknya. Mereka siap ber’selfie’ dengan pegawai polis yang bantu Austin dengan rancangan hebatnya itu.


Kamera yang terdapat pada kereta polis tersebut merakam seluruh peristiwa tersebut. Rakaman tersebut dimuatnaik ke laman media sosial oleh pihak polis dan kini jadi tular di internet.

http://ift.tt/2y7e54H

Comments