- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Sekarang ini, jadi trend di kalangan pengguna media sosial untuk mempamerkan kehidupan mereka kepada pengikut mereka.
Maka tidak hairanlah ramai yang berlumba-lumba untuk cuba menayangkan kehidupan mereka hairan supaya kelihatan sangat menarik dan tidak membosankan sehingga ke tahap sanggup untuk memimjam barang orang lain semata-mata mahu bergaya.
Seorang lelaki yang berasal dari Thailand telah menjadi mangsa kepada perlumbaan ini tetapi tewas setelah tembelangnya pecah baru-baru ini.
Wachrin Tankuranan, 26 yang merupakan seorang model sering didapati menggunakan gajet jenama Apple, memiliki produk berjenama mewah dan minum di kedai kopi Stacbucks setiap hari.
Yang anehnya, beliau merupakan seorang pemegang kad bantuan khas kerajaan yang diberikan oleh kerajaan Thailand bagi membantu orang-orang yang berpendapatan rendah.
Setelah ditanya oleh pengikut-pengikutnya di Instagram, Wachrin kemudiannya telah memberikan sebuah jawapan yang mengejutkan orang ramai:
“Mengenai Starbucks, ada masanya kawan saya akan ajak saya minum kopi. Kadang-kadang saya tak perlu membayarnya kerana saya pergi bersama rakan-rakan. Semuanya mereka punya.
“Saya hanya memuat naik gambar cantik-cantik di Twitter dan Instagram kerana semua orang melakukannya. Saya tegaskan bahawa saya tiada apa-apa harta,” katanya kepada Amarin TV.
“Saya buat produk “review” untuk hidup. Pendapatan saya tidak terjamin. Sesetengah bulan, saya tidak mempunyai pendapatan langsung, dan kadang-kala saya hanya dapat mengunakan produk secara percuma.
“Saya hanyalah orang miskin yang biasa. Saya tidak kacak atau kaya,” katanya lagi.
Comments
Post a Comment