Mirip Muka Donald Trump, Telinga Anjing Ini Jadi Terkenal Serta-merta


via Taiko TV

Seekor anjing jenis Beagle di UK telah jadi tular di dalam media sosial. Chef, iaitu anjing berusia dua tahun dari Tyne and Wear, telah menjadi perbualan ramai kerana terdapat tanda “istimewa” pada anggota tubuhnya.

Berbeza dengan anjing-anjing yang lain, telinga Chef terdapat pembentukan yang menyerupai wajah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Penemuan luar biasa ini oleh pemilik Chef iaitu Jade Robinson, yang pada mulanya membersihkan Chef akibat hujan. Apabila dia sedang membersihkan telinganya, Robinson mendapati ‘tanda’ yang luar biasa seperti kesan torehan atau garisan.

Dia kemudiannya mengambil gambar tersebut dan melihatnya dengan teliti melalui ‘zoom’. Malah, pemilik anjing iaitu wanita berusia 25 tahun itu juga telah menunjukkan kepada rakannya sebelum dia benar-benar yakin ia kelihatan seperti Trump.

“Saya tidak percaya pada apa yang saya lihat, saya perlu menelitinya lebih 20 kali,” kata Robinson.

Ibu saudara Robinson, Jaine Pinchen juga menyatakan bahawa ‘tanda’ seakan muka Trump di telinga Chef agak berisiko dan akan membawa ketidak selesaan pada Chef untuk jangka masa panjang.

“Dia perlu dibawa ke doktor haiwan untuk rawatan,” kata Pinchen, yang mengendalikan pusat penjagaan anjing anjing. Robinson berkata, dia berharap dari postingnya di Facebook itu boleh membantunya untuk mendapatkan sumbangan bagi anjingnya Chef dalam mendapatkan rawatan susulan di pusat veterinar.

http://ift.tt/2ycaB0C

Comments