Padah Letak Kereta Secara Haram, Wanita Ini Tampal Tuala Wanitanya Pada Kenderaan Ini


via Taiko TV

Tabiat meletakkan kenderaan secara haram bukan saja menyusahkan orang ramai, malah tabiat ini ada kalanya dapat mencetuskan kemarahan orang lain.

Mungkin itulah perasaan seorang wanita setelah aksinya yang sedang menampal tuala wanitanya pada sebuah kenderaan telah jadi tular di internet.

Minh Anh, seorang pemilik kedai tempatan telah dirakamkan sedang menampal berdozen-dozen tuala wanita di atas badan kenderaan itu setelah pemilik kenderaan itu meletakkan kenderaannya itu di hadapan kedainya.

Lebih menyakitkan hati apabila petak parkir itu adalah milik Minh yang telah disewanya daripada majlis perbandaran untuk kegunaan para pelanggan kedainya.

“Mereka pandu kereta dan mempunyai wang tetapi tidak mahu membayar caj parkir. Terdapat tempat letak kereta berdekatan dengan penjaga tetapi mereka tidak meletakkan kenderaan di sana.

“Sebenarnya jika rumah saya bukan satu tempat menjual, saya tidak mempedulikannya; tetapi kedai ini sewanya mahal kerana lokasi yang menarik. Saya tidak suka orang menghalang pintu masuk saya,” kata Anh.

Tuala wanita – bersama-sama dengan cat, liquid paper dan juga penanda dakwat kekal merupakan bahan-bahan yang popular digunakan untuk vandalisme di Hanoi apabila menyerang kereta yang parkir secara haram.

http://ift.tt/2hRYm37

Comments