Padah Tunjuk Jari Tengah Pada Donald Trump, Inilah Nasib Wanita Ini Setelah Identitinya Dikenalpasti


via Taiko TV

Gambar seorang wanita yang sedang berbasikal di sebuah jalan di Amerika Syarikat telah jadi viral di internet baru-baru ini.

Wanita tersebut bukanlah seorang selebriti, sebaliknya, beliau menjadi terkenal kerana tindakan bodoh beliau yang menunjukkan isyarat lucah dengan menggunakan jari tengah.

Gambar yang telah dirakamkan oleh jurugambar Rumah Putih yang sedang dalam perjalanan pulang selepas bermain golf di Sterling, Va itu telah menjadi tular serta-merta sebaik sahaja ianya dimuatnaik ke internet dengan ramai yang menganggap wanita itu sebagai hero mereka dan memanggilnya dengan panggilan she-ro.

Setelah penyiasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, identiti wanita tersebut telah pun dikenalpasti.

Wanita yang dikenali sebagai Juli Briskman itu merupakan seorang pekerja kepada kontraktor kerajaan Amerika Syarikat, Akima LLC.

Majikannya yang tidak berpuashati dengan perbuatan Juli itu dan menyifatkan ianya merupakan sebuah perbuatan yang biadap dan tidak bertamadun telah bertidak untuk memberhentikan perkhidmatan Juli serta-merta.

Menurut wanita yang berusia 50 tahun itu, beliau tidak menyangka yang perbuatannya itu telah dirakamkan dan beliau turut memberitahu bahawa perbuatan beliau itu bukanlah disengajakan, sebaliknya merupakan refleks apabila beliau berselisih dengan konvoi Presiden Amerika pada hari itu.

http://ift.tt/2zB3QXQ

Comments